saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 27/12/2011

34 pelajar Langkawi dapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah

LANGKAWI 26 Dis. - Seramai 34 orang dari keseluruhan 1,430 pelajar di daerah ini mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan minggu lalu.

Dari jumlah itu, 16 pelajar adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahsuri, 12 pelajar dari SMK Tunku Putra, lima pelajar dari SMK Kelibang dan seorang dari SMK Ayer Hangat.

Pencapaian itu sekali gus melonjakkan jumlah peratusan kelulusan daerah kepada 59.94 peratus berbanding hanya 57.32 peratus tahun lalu.

Pengetua SMK Mahsuri, Sabri Abdol Rahim berkata, pihaknya berbangga kerana muncul sebagai sekolah yang menghasilkan pelajar 8A teramai iaitu seramai 16 orang.

"Jumlah itu meningkatkan peratus pencapaian sekolah daripada 68.28 peratus tahun lalu kepada kepada 69.59 peratus pada 2011," katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu juga membuktikan bahawa segala perancangan sekolah menyusun program-program seperti latih tubi peperiksaan pada setiap Sabtu, program uji masa dan beberapa taklimat peperiksaan kepada para pelajar dan ibu bapa, membuahkan hasil.

Pelajar yang memperoleh 8A, Nur Syazwani Naqibah Md. Beseri, 15, berkata, selain mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kelas tambahan, dia turut menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakanan sihat seperti kismis, kurma dan minuman susu segar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.