saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 31/12/2011

Jasa perjelas isu nadir bumi kepada penduduk

KUANTAN 30 Dis. - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Pahang menganjurkan program Wacana Ilmuan Negara, di sini semalam bagi memberi penjelasan kepada penduduk di daerah itu tentang isu pembinaan kilang memproses nadir bumi di kawasan Perindustrian Gebeng.

Pengarahnya, Yusof Jamaluddin berkata, program itu diadakan bagi menerangkan kepada pemimpin setempat di daerah itu mengenai kesan pembinaan kilang tersebut kepada alam sekitar dan keselamatan manusia.

Menurutnya, penerangan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang itu menjelaskan bahawa kilang tersebut adalah kilang kimia dan bukannya kilang radioaktif seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu termasuk pembangkang.

"Isu lynas sampai sekarang masih belum selesai, tiap-tiap minggu ada sahaja orang yang melakukan demonstrasi di Taman Gelora, Kuantan.

"Jadi, kerana itulah pihak kami terpanggil untuk membuat program ini bagi menerangkan isu lynas kepada pemimpin setempat, " katanya kepada pemberita selepas program itu di sini.

Menurut beliau, penjelasan mengenai perkara itu dibuat kerana ia merupakan isu sensitif dan eksklusif serta bimbang jika ada pihak lain yang cuba memanipulasi fakta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.