saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/01/2012

Alex Yanz kecewa dengan MIG?




ANGIN tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba dengar cerita Alex nak keluar dari produksi MIG. Apa masalahnya?

Memang saya akan keluar dari MIG tetapi bukan kerana saya ni ada masalah dengan mereka. Secara hitam putihnya, kontrak saya dengan MIG akan tamat pada bulan ini. Kalau ikutkan memanglah saya boleh angkat kaki bergerak sendiri. Tetapi buat masa ini, saya belum beri kata putus sama ada nak sambung atau tidak kontrak dengan MIG.

Ada pihak kata Alex nak keluar sebab kecewa dengan pengurusan MIG. Benarkah?

Kecewa memang ada tapi bukanlah sebab saya rasa terikat dengan MIG dan tak boleh bekerja di bawah produksi lain. Saya kecewa sebab watak lakonan saya tidak dipelbagaikan. Balik-balik watak jahat. Sesekali nak juga cuba bawa watak yang lebih versatil. Tapi bab kekecewaan ini tak pernah pula saya lontarkan pada sesiapa. Cuma terasa sendiri. Ia tak ada kena-mengena dengan dakwaan ikut jejak langkah sesiapa.

Kenapa tidak beritahu pada pihak MIG? Bukankan tindakan ini akan merugikan diri sendiri?

Bukanlah langsung tak pernah bersuara. Pernah saya ajukan perkara ini kepada David Teo. Tetapi kata David, saya ni memang sesuai watak antagonis. Dia bimbang kalau saya bawa watak di luar cabang itu, karakter itu tidak mampu dihidupkan.

Tak rasakah macam kemampuan awak ni dihadkan oleh pihak MIG?

Saya tak rasa macam tu. Mungkin belum rezeki.

Selama dua tahun berada di bawah MIG, pernah tak terima tawaran daripada syarikat produksi lain dan MIG sekat peluang itu?

Tak perlu timbulkan isu itu sebab MIG tak pernah larang saya untuk bekerja dengan produksi lain. Tawaran ada, tapi kebanyakannya tak ikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak MIG. Saya terikat dengan kontrak dan dalam apa keadaan saya mesti dahulukan pihak MIG.

Adakah itu puncanya Alex mahu keluar dari MIG?

Kalau saya keluar pun kerana mahu mengembangkan cabang lakonan saya. Tak salah cari pengalaman dengan produksi lain. Saya dengan MIG pun dah dua tahun. Jadi sudah tiba masanya saya keluar dan cuba benda. Tetapi ia tidak ada kena mengena dengan pihak pengurusan.

Apa komen Alex bila orang kata Alex ni cakap terlalu berhati-hati dan nak 'kipas' MIG?

Mana ada! Bukan mahu kipas atau mengampu sesiapa. Ini pendapat peribadi saya. Saya tak tahu orang lain bagaimana. Bagi saya, bila seseorang artis tu dah bersetuju dengan kontrak produksi, maka dia perlu beri komitmen sepenuhnya sehingga kontrak tamat. Sama saja dengan mana-mana produksi pun.

Dah ada perancangan untuk berhijrah ke produksi lain?

Belum ada. Mungkin saya akan berbincang dengan David Teo dahulu sebelum buat keputusan. Kalau saya keluar, saya akan keluar dengan cara baik. Saya harap jangan ada pihak yang salah faham.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.