saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 03/01/2012

Pengakuan mangsa ah long


Orang ramai mudah menjadi mangsa ah long apabila banyak iklan pinjaman ‘haram’ tersebut dipaparkan di merata-rata tempat.


  • Mangsa pertama: Terima ugutan bunuh

  • TERPAKSA. Itu yang boleh disimpulkan daripada temu bual wartawan Utusan Malaysia dengan seorang peniaga menjual peralatan keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Chan apabila meminjam daripada ah long.

    Menurut Chan, semuanya berlaku apabila dia menerima kontrak lumayan untuk memasang kelengkapan keselamatan di sebuah syarikat konglomerat terkemuka di Kuala Lumpur.

    Katanya, kontrak yang bernilai tinggi itu memerlukannya menyediakan modal yang tinggi.

    “Disebabkan saya mempunyai rekod kurang baik dengan institusi kewangan, beberapa permohonan untuk membuat pinjaman gagal.

    “Justeru, ah long menjadi pilihan bagi mendapatkan modal permulaan RM50,000 dan saya perlu membayar pinjaman itu setiap minggu iaitu RM5,000,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Tambah Chan, pada mulanya semua pembayaran dilakukan dengan baik, tetapi apabila bayaran kontrak itu lewat diterima segalanya berubah.

    “Saya meminjam dengan lebih 30 orang ah long semata-mata untuk menjelaskan bayaran ansuran, tetapi semua itu sia-sia. Sekarang hutang termasuk bunga telah meningkat menjadi RM700,000 dan bayaran bunga juga meningkat menjadi RM20,000 seminggu,” katanya.

    Menurut Chan, setiap hari tidak kurang 50 panggilan menuntut hutang diterima daripada ah long, malah dia dan keluarga turut menerima pelbagai ancaman, termasuk bunuh sekiranya gagal membayar balik semua pinjaman dalam tempoh terdekat ini.

    Dia tidak tahu kepada siapa lagi perlu dirujuk masalah itu agar keselamatan diri dan keluarga terjamin.

    Keadaan itu memberi tekanan kepada isteri Chan sehingga kerap mengulangi hasrat untuk membunuh diri kerana tidak tahan dengan ancaman ah long.

    “Sekarang saya memohon kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk berunding dengan ah long terbabit supaya bayaran hutang boleh dikurangkan,” kata Chan lagi.

  • Mangsa kedua: Kad bank dipegang ah long
  • KISAH ini pula melibatkan seorang kakitangan sebuah universiti awam di Bangi yang terpaksa meminjam dengan ah long pada 2005 hanya kerana mahu membeli komputer riba untuk anaknya.

    Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 54, berkata, ketika itu had pinjaman melalui potongan gajinya telah sampai ke tahap maksimum menyebabkan semua permohonan pinjaman peribadi gagal diperolehi.

    “Anak saya yang ketika itu baru mendaftar di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mahu memiliki komputer riba bagi memudahkan pembelajaran.

    “Sebab itu saya nekad meminjam RM5,000 daripada seorang ah long di Kajang dan telah beberapa kali menambah pinjaman sehingga mencecah RM13,000,” katanya.

    Menurut Razak, sejak 2005 sehingga kini, setiap bulan dia membayar RM1,000 tetapi jumlah pinjaman pokok masih tidak berkurang.

    Katanya, setakat ini dia telah membayar lebih daripada RM40,000 dan bayaran itu dilakukan melalui pemotongan gaji kerana kad bank dipegang oleh ah long itu sejak dia menerima pinjaman.

    “Setiap bulan saya terpaksa mengambil lebihan gaji sambil ditemani orang suruhan ah long kerana kad bank itu perlu diserahkan kembali selepas selesai mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

    “Itulah rutin saya setiap bulan sejak enam tahun lalu sehingga sekarang. Mungkin sampai mati pun hutang itu akan kekal kerana jumlah bayaran bulanan itu hanya faedah yang perlu dibayar,” ujarnya dalam nada menyesal.

  • Mangsa ketiga: Perniagaan musnah angkara ah long
  • SEORANG wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Choi pula pada awalnya terpaksa berhutang dengan ah long untuk menyelamatkan perniagaannya.

    Jumlah hutang melebihi RM2 juta menyebabkan hidupnya sentiasa diganggu oleh 12 orang ah long selepas gagal membayar semula pinjaman mengikut persetujuan asal.

    Pembabitannya dengan ah long bermula apabila dia bermasalah untuk membayar gaji pekerja menyebabkan terpaksa meminjam wang dengan seorang ah long.

    Menurut Choi, ah long yang ditemui itu kelihatan sangat profesional serta menggunakan bahasa lembut yang menarik minatnya untuk meminjam.

    “Melihat gaya ah long yang amat meyakinkan itu membuatkan saya berasa selamat untuk meminjam dengan jumlah yang banyak. Tetapi, keadaan menjadi sebaliknya selepas bayaran pinjaman gagal dilunaskan mengikut perjanjian dan sejak itu hidup saya dihantui dengan pelbagai ugutan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Jelasnya lagi, bayaran pinjaman itu bukan sengaja tidak dibayar tetapi disebabkan perniagaannya mengalami masalah.

    Katanya, jika mempunyai wang yang cukup pasti semua hutang itu akan dibayar mengikut perjanjian.

    Choi amat menyesal kerana meminjam wang daripada ah long untuk menyelamatkan perniagaannya.

    “Sebenarnya, meminjam wang dengan ah long menambah beban kewangan kerana bayaran ansuran pinjaman itu terlalu tinggi dan mustahil untuk dibayar balik.

    “Saya menasihati peniaga yang ingin meminjam wang dengan ‘lintah darat’ ini agar jangan sesekali berurusan dengan mereka kerana pinjaman itu akan merosakkan segala-galanya dalam hidup mereka nanti,” katanya.

    Kongsi Konten di :

    Waktu Solat Kuala Lumpur
     
    Subuh 5:41
    Zuhur 1:02
    Asar 4:24
    Maghrib 6:59
    Isyak 8:12



     

    Dengar SuriaFM
    Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
    Riuh Rio Brazil 2014
    Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
    Tragedi Pesawat MH370
    Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
    KE7B Greenland 2014
    Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






    MENARIK
    Ruang iklan percuma hartanah, produk
    Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
    Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
    Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
    Aduan sukar dapat naskhah akhbar
    Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
    Gambar kahwin Album Raja Sehari
    Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
    Mari baca Utusan Melayu Mingguan
    Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
    SMS News Alert Utusan Malaysia
    Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.