saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 03/01/2012

Mula-mula bantu, kemudian diburu

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pelbagai cara digunakan oleh ah long untuk menjerat mangsa, termasuk menggunakan sistem kutu yang menjadi pilihan oleh kebanyakan daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan wang terkumpul.

Itu yang berlaku kepada Jihan (bukan nama sebenar) apabila terjebak meminjam daripada ah long untuk melunaskan bayaran bulanan kutu.

Sebelum ini, pendapatan Jihan mampu mencecah RM300 sehari hasil keuntungan berniaga nasi lemak di ibu kota dan ditambah dengan pendapatan suaminya RM2,000 selaku pemandu di salah sebuah kedutaan asing, pendapatan seisi rumah itu amat mencukupi untuk menampung kehidupan mereka tiga beranak.

Namun secara halus, Jihan dijerat ah long melalui pelanggannya, Rani (bukan nama sebenar) yang mempelawanya menyertai skim 'kutu'.

Setelah sekian lama menyertai skim itu, Jihan berdepan masalah kewangan untuk membayar wang giliran setiap bulan lalu dipujuk oleh Rani untuk membuat pinjaman daripada suaminya yang didakwanya gemar membantu orang yang dalam kesempitan.

"Rani katakan yang suaminya hanya mahu membantu. Dakwanya, pinjaman dibuat melalui suaminya boleh diselesaikan cuma dalam tempoh 10 atau 20 hari. Saya langsung tidak menyedari bahawa suaminya adalah ah long.

"Terpedaya dengan ayat manisnya, saya membuat pinjaman RM1,000, tetapi cuma diberikan RM600 dan perlu membayar RM80 setiap hari selama 20 hari," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jihan mengakui, tahap pendidikannya yang rendah membuatkannya mudah termakan pujuk rayu Rani selain mendakwa seakan dipukau agar menurut sahaja kata rakannya itu.

"Semakin lama keadaan makin menekan. Jika saya tidak bayar sehari, bunganya akan dinaikkan RM40. Bermakna saya perlu membayar RM200 pada hari berikutnya," katanya.

Disebabkan tertekan dengan keadaan itu, Jihan mendakwa, terpaksa meminjam dengan ah long lain sementelah Rani enggan membantu mahu pun menjawab panggilannya.

Namun, ia tidak membawa kepada sebarang penyelesaian apabila hutangnya makin bertambah dan dia makin kerap diugut.

Peliknya, setiap kali dia berdepan masalah untuk menyelesaikan pinjaman, akan ada ah long tidak dikenali menawarkan pinjaman melalui telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tanpa berfikir panjang, tawaran itu diterima kerana takut dengan ugutan demi ugutan tanpa diketahui suaminya.

Hal itu membuatkan dia berhutang dengan 13 ah long melibatkan jumlah keseluruhan RM25,000 dengan kadar bunganya pula mencecah sehingga RM70,000 dalam tempoh tidak sampai setahun.

Kegagalan membayar hutang menyebabkan ah long mula bertindak ganas apabila rumahnya dilempar cat merah selain diconteng dengan pelbagai kata-kata kesat.

"Suami amat marah kepada saya sementara jiran, rakan dan saudara-mara mula memandang serong. Masing-masing menyalahkan saya dan tidak mahu menghulurkan bantuan.

"Dalam seminggu, hampir tiga kali rumah dilempar cat dan diconteng. Biasanya cat akan dilempar awal pagi dan kami anak-beranak mengambil inisiatif mengecat kembali rumah waktu malam bagi menutup malu," ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, salinan kad pengenalan Jihan yang dibesarkan dan ditulis kata-kata kesat ditampal di pagar rumah serta diedarkan di kawasan perumahannya.

Selain itu, kunci mangga yang sering digunakan untuk mengunci pintu pagar serta pintu utama turut beberapa kali digam menyebabkan kesukaran pada keluarga itu untuk keluar dan memasuki rumah.

"Saya cukup malu dan tertekan. Mereka bukan saja memaki-hamun dan mengugut, malah turut mencerca agama saya. Mereka juga mengugut mahu menculik anak saya. Disebabkan itu, anak saya sudah tidak ke sekolah selama empat bulan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.