saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 03/01/2012

Projek Jalan Takan/Tekalit legakan penduduk Song

SONG 2 Jan. - Kira-kira 1,500 penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Katibas dan anak-anak sungainya melahirkan rasa gembira dan lega apabila projek pembinaan Jalan Takan/Jalan Tekalit, di sini, yang dijangka siap akhir bulan ini berjalan lancar.

Jalan sepanjang tujuh kilometer (km) itu dengan kos pembinaan RM80 juta dijangka memberi keselesaan kepada penduduk beberapa buah rumah panjang di sepanjang sungai berkenaan yang sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan air.

Jalan berkenaan yang mula dibina pada 14 September 2009 itu dilihat mampu menjadi nadi utama kepada peningkatan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Ia sekali gus memenuhi harapan penduduk sejak 30 tahun lalu yang mahukan jalan tersebut bagi membolehkan aktiviti pertanian jangka panjang seperti penanaman kelapa sawit dan getah dapat dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Datuk Ambrose Blikau ketika meninjau pembinaan jalan berkenaan melahirkan perasaan gembira kerana perlaksanaan kerja-kerja pembinaannya berjalan dengan lancar.

"Kita amat gembira kerana pembinaan jalan ini lancar dan semua itu hasil daripada sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk terhadap projek-projek pembangunan kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi dan keselesaan rakyat," katanya di sini baru-baru ini.

Jalan tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk di lebih 20 buah rumah panjang, klinik - klinik dan sekolah rendah dari Hulu Sungai Katibas serta Sungai Katibas Tengah, Sungai Bangkit, Sungai Ayat, Sungai Tekalit, Sungai Janan dan Sungai Musah.

Dalam pada itu, Blikau berkata, turut mendapat manfaat ialah para pelajar SMK Song yang terletak hanya satu km dari Rumah Panjang Tibong apabila itu siap sepenuhnya.

Katanya, pembinaan jalan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pembinaan jalan yang menghubungkan bandar Kapit ke bandar Sibu sepanjang 80 km.

Tuai Rumah Pillai, Nanga Miaw Song berkata, penduduk di kawasan berkenaan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.