saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 03/01/2012

Hot FM T'Ganu mampu tarik lebih ramai pendengar


MAZLAN Ngah mencuba menjadi Deejay ketika melawat konti Hot FM di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 2 Jan. - Stesen radio Hot FM yang mengembangkan sayapnya dengan versi Terengganu memulakan siarannya secara rasmi hari ini.

Hot FM T'Ganu yang beroperasi di frekuensi 105.1 FM dikendalikan empat penyiar muda, Mohd. Hermansani Aminudin (DJ Bell), Muhammad Azri Ismail (DJ Azri), Nurul Ain Omar (DJ Ain) dan Mohd. Rafly Rahamat (DJ Rafly).

Ia memulakan siarannya tepat pukul 11 pagi ini sebaik tamat segmen nasional Hot FM AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG, Faizal Ismail dan Usop.

Bersiaran sehingga pukul 12 tengah malam pada setiap hari, antara segmen yang dijangka mendapat perhatian pendengar ialah Hot FM Bereh Boh dan Hot FM Cakne.

Hot FM dalam usaha mengukuhkan jenamanya dan meraih lebih ramai kelompok pendengar Pantai Timur terutama golongan muda, juga memulakan siaran di Kelantan secara serentak melalui frekuensi 105 FM.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah yang meninjau operasi stesen itu hari ini berkata, kerajaan negeri menyambut baik kewujudan stesen itu kerana ia akan memberi lebih pilihan kepada pendengar di negeri ini.

"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Hot FM T'Ganu ini sedikit sebanyak akan membantu kerajaan negeri dalam menyalurkan apa-apa maklumat berkaitan negeri ini.

"Dengan adanya Hot FM T'Ganu, saya yakin ia dapat menyerlahkan keunikan loghat negeri ini yang sememangnya berbeza dengan negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mazlan menolak andaian bahawa kewujudan stesen baru ini akan memberi saingan kepada stesen radio tempatan iaitu Terengganu FM (TFM) dan Manis FM milik kerajaan negeri.

"Saya percaya setiap stesen radio ada peminat dan pendengar yang tersendiri. Ini terpulang kepada mereka untuk memilih stesen mana yang mereka mahu ikut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.