saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/01/2012

Muhyiddin saran rehat fleksibel murid Tahun Satu

04/01/2012 12:26pm

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat yang fleksibel untuk murid Tahun Satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga untuk belajar.

Beliau berkata, bagi mengelak murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada pukul 9.45 pagi boleh diubah kepada pukul 9 pagi atau 8.30 pagi khusus untuk minggu pertama musim baru persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, saranannya itu dibuat selepas diberitahu oleh ramai pelajar yang ditemuinya bahawa mereka tidak bersarapan pagi sebelum memasuki kelas.

"Jadi saya minta sekolah, mungkin kalau ada keadaan sebegini, jadual untuk rehat boleh dibuat lebih awal, fleksikan, khususnya untuk minggu pertama supaya tiada pelajar memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan pagi.

"Bagi saya itu tidak boleh kita pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak-anak kecil, katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, saranan itu tidak bermaksud semua sekolah perlu mengubah jadual rehat sedia ada, sebaliknya boleh dilaksanakan berdasarkan pertimbangan bergantung kepada kebijaksanaan sekolah.

Katanya, saranan itu bertujuan mengelak pelajar daripada menjadi lemah, letih dan lesu.

Mengenai bekalan buku teks, kerusi dan meja ke sekolah, Muhyiddin berkata, semua keperluan itu telah disediakan dengan sempurna hasil persediaan awal yang dibuat sejak tahun lepas.

Katanya, beliau berpuas hati dengan kelancaran sesi baru persekolahan kerana segala persediaan termasuk dalam aspek infrastruktur seperti kekurangan kerusi dan meja dapat diatasi melalui peruntukan RM20 juta yang disediakan oleh kerajaan.

Muhyiddin, yang tiba pada 8 pagi disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan guru besar, Sopian Mokhtar.

Beliau dibawa meninjau ke empat buah kelas yang menempatkan pelajar Tahun Satu dan dilihat bertanya khabar dan bermesra dengan pelajar baru, guru serta ibu bapa yang menunggu di luar bilik darjah. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.