saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 04/01/2012

Peniaga wanita perlu ceburi bioteknologi


NORSABRINA Mohd. Noor (kiri) bersama Noraida Yahaya menunjukkan barangan kosmetik pada majlis pelancaran produk keluaran syarikat N's Asia Enterprise di Kulim, Kedah, baru-baru ini.


KULIM 3 Jan. - Usahawan wanita disaran menceburi industri perniagaan baharu seperti bioteknologi yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

Pengerusi Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO, Datin Norsabrina Mohd. Noor berkata, langkah itu penting bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan usahawan lain serta bertahan untuk jangka panjang.

Beliau berkata, antara cabang bioteknologi yang kini menjanjikan pulangan besar adalah kosmetik, herba dan makanan tambahan.

"Kita perlu berani bersaing dengan peniaga lain menerusi penyertaan dalam industri baharu yang memiliki nilai tambah, terutama mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

"Jangan takut untuk bersaing dengan usahawan lain, kerana sikap sedemikian hanya menyebabkan usahawan wanita tercicir daripada kemakmuran ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk kosmetik berasaskan herba dan makanan kesihatan keluaran syarikat N's Asia Enterprise di sini, baru-baru ini.

Norsabrina yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Bioteknologi Melaka (Melaka Biotek) berkata, pihaknya sentiasa memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada usahawan wanita untuk turut serta dalam bidang berkenaan.

Selain itu, katanya, Puteri UMNO juga kini sedang menumpul data usahawan wanita yang bergiat aktif dalam bidang kosmetik dan bioteknologi di seluruh negara.

"Tujuan pengumpulan data ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas di samping membina rangkaian kukuh bagi membolehkan kita melonjakkan prestasi niaga usahawan wanita ke tahap lebih baik," katanya.

Sementara itu, pemilik N's Asia Enterprise, Noraida Yahaya berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang digerakkan oleh Puteri UMNO untuk mengembangkan daya saing usahawan wanita dalam bidang ekonomi.

"Dengan adanya peluang begini, kita dapat membina jalinan dan rangkaian perniagaan lebih kukuh. Ini penting kerana kita tidak boleh bergerak bersendirian dalam perniagaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.