saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/01/2012

Majlis Peguam terus dibidas

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Pelbagai pihak hari ini terus membidas sikap Majlis Peguam yang kelihatan 'berat sebelah' dalam berhadapan dengan sesuatu isu khususnya membabitkan unsur-unsur perjuangan pembangkang.

Penasihat undang-undang Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Negara, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz (gambar) berkata, apa yang ditunjukkan majlis itu bercanggah dengan moto serta profesionalisme perjuangan mereka.

''Majlis Peguam tak ikut pun moto atau matlamat penubuhan mereka dan bersikap pilih kasih serta telah diperalat pembangkang. Ini jelas membuktikan mereka bukan badan bebas dan berkecuali.

''Sikap inilah yang mencemarkan imej profesionalisme peguam. Sebagai golongan profesional, mereka seharusnya menterjemahkan sikap profesionalisme dengan tidak pilih kasih,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Majlis Peguam berhubung hak untuk berhimpun dan membantah keputusan mahkamah selagi ia tidak dilarang dari segi undang-undang.

Mohd. Khairul yang juga seorang peguam berkata, sebab utama Majlis Peguam sehaluan dengan perjuangan pembangkang adalah kerana sebahagian pemimpinnya memegang beberapa jawatan dalam parti pembangkang.

''Sebab itu mereka bawa agenda pembangkang. Namun, suara mereka bukanlah mewakili majoriti peguam yang menjadi ahli Majlis Peguam.

''Di mata majoriti peguam, majlis itu hanyalah tempat untuk mendapatkan sijil amalan semata-mata. Justeru, kalangan ahli juga ada yang mempersoalkan keberkesanan Majlis Peguam membela peguam di negara ini,'' tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad berkata, sikap berat sebelah Majlis Peguam terhadap pembangkang mula ketara sejak era reformasi ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan pada 1998.

''Majlis Peguam telah lama menyalahgunakan platform mereka kerana bernada pembangkang. Sejak 1998 lagi saya sudah nampak ketika menyertai perhimpunan reformasi,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.