saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/01/2012

Edar dadah, pencuci kontrak dihukum gantung

04/01/2012 12:20pm

ALOR SETAR 4 Jan. - Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pencuci kontrak selepas disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zulkifli Md. Ridzuan, 36, selepas mendapati keterangan saksi pembelaan untuk menyangkal keterangan lapan saksi pendakwaan tidak berasas dan pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes.

"Selepas mendengar dan meneliti semua keterangan, mahkamah tiada budi bicara dan tiada hukuman lain selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh, katanya.

Mohd. Zulkifli, berasal dari Air Hitam, Pulau Pinang, dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 2,532 gram di hadapan gerai Rumah Makan Intan Penjaja, Taman Cengkok, Lunas, di Kulim pada 9.30 malam 19 Ogos 2010.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam J.M Martin. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.