ARKIB : 07/01/2012
Jadi mangsa gores dan menang
APA lagi yang boleh dikatakan sekiranya masih ada pengguna yang terpedaya dengan helah peraduan kad gores dan menang walaupun telah banyak kali berita mengenainya disiarkan di media massa tempatan.
Seorang daripada mereka ialah Roslina Hussien yang berurusan dengan seorang juru jual daripada syarikat Win Max Living Trading yang beroperasi di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan pada pertengahan tahun lalu.
Menurut Roslina, dia tidak menyangka turut terjerat dengan helah juru jual terbabit sekalipun pernah mendengar kes sedemikian. Namun apabila terkena pada diri sendiri, dia seolah-olah terpukau kerana keseronokan memenangi baucar bernilai RM1,000.
''Macam tidak percaya pula kes yang saya tuntut ini gores dan menang tetapi modus operandinya memang sama. Saya ditawarkan menggores sekeping kad lalu memenangi baucer bernilai RM1,000 dengan syarat membeli satu barang yang ditawarkan dan mendapat dua barang percuma.
''Saya bersetuju membeli satu set periuk bernilai RM3,188 dan dihadiahkan sebuah pembersih hampagas dan sebuah dapur elektrik. Pendahuluan dibuat dengan menggunakan kad kredit sebanyak RM2,700 sebelum dijanji dipulangkan semula agar jumlah keseluruhan akan dibayar secara ansuran,'' katanya.
Menurutnya, dia memilih menggunakan pembersih hampagas terlebih dahulu tetapi alat tersebut rosak dalam tempoh beberapa hari menyebabkan dia menangguhkan dahulu untuk menggunakan dua lagi barangan lain.
Kebimbangan menggunakan barangan tersebut dikuatkan lagi dengan cerita sepupunya yang juga ditimpa nasib yang sama namun berjaya mendapatkan wangnya kembali apabila dituntut di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Mengikut jejak langkah sepupunya itu, Roslina memfailkan tuntutan di TTPM di Kota Bharu untuk mendapatkan semula wang deposit serta mahu memulangkan kembali barang yang telah dibeli.
Tuntutan itu juga termasuk jumlah set periuk yang tidak mencukupi seperti yang tertera di resit yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan selain kegagalan syarikat itu menguruskan bayaran secara ansuran seperti yang dijanjikan.
Pada prosiding tuntutannya di tribunal tersebut baru-baru ini, syarikat terbabit selaku pihak penentang menafikan wujud unsur penganiayaan kerana barang-barang yang dibeli itu mempunyai jaminan selama tiga bulan.
''Begitu juga dengan bayaran secara ansuran gagal diproses kerana pembeli tidak menyerahkan beberapa dokumen berkaitan walaupun telah dihubungi oleh pihak syarikat,'' kata wakil syarikat.
Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak yang mendengar kes itu kemudian menasihatkan kedua-dua pihak berbincang sebelum keputusan dibuat.
Kedua-duanya kemudian mencapai kata sepakat apabila syarikat terbabit bersetuju menukar barang yang rosak kepada yang baharu dan menambah jumlah set periuk.
Syarikat itu juga bersetuju memproses bayaran secara ansuran dan mengembalikan semula wang yang telah dibayar melalui kad kredit.
Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Pas kena penghakiman ingkar, gagal hantar peguam wakili kes
Guru disiplin bebas daripada tuduhan cabul 11 murid
Yazid Sufaat dibebaskan daripada tuduhan keganasan
Dua sahabat edar dadah digantung sampai mati
Ketua juruwang pasar raya didakwa pecah amanah
Tiga pengedar dadah ke tali gantung
Buruh dituduh cederakan penyokong parti politik
Ketua juruwang didakwa pecah amanah lebih RM0.5 juta
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Pembekuan aset Genneva diketahui Selasa
ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut
Perhimpunan haram: Nik Nazmi dihadapkan ke mahkamah
Kes Mohd. Rafizi, bekas kerani disebut 10 Jun
Tiga pengarah, bekas pengarah Genneva bebas
Dera amah sampai mati, suami isteri dijel 24 tahun
Genneva: Bank Negara fail rayuan esok
Rasuah: Dua penguat kuasa KPDNKK didenda
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









