saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/01/2012

Hasan Ali terkejut dipecat daripada Pas

08/01/2012 7:07pm

SHAH ALAM 8 Jan. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan drastik jawatankuasa Pas pusat yang memecatnya sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta merta hari ini.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, beliau berasa sedih kerana usahanya memperjuangkan agama Islam selama ini dibalas dengan tindakan pemecatan itu.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

"Saya akan memanggil sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini, katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web organ parti itu, HarakahDaily, hari ini berkata keputusan memecat Hasan dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.