saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2012

Jabatan Warisan cadang warta batu sempadan lama

PADANG SERAI 10 Jan. – Jabatan Warisan Negara bercadang memulihara monumen sejarah batu sempadan lama Kerajaan Siam-British di Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan di sini, sebagai tapak warisan negara dalam tempoh terdekat.

Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaannya, Khalid Syed Ali berkata, langkah tersebut dibuat sebagai usaha mempelbagaikan khazanah warisan negara di samping menjadikannya produk baharu pelancongan berunsur sejarah pada masa akan datang.

“Kita sedang meneliti kemungkinan untuk mengisytiharkan monumen lama itu sebagai warisan kebangsaan mengikut peruntukan Seksyen 76, Akta Warisan Kebangsaan 2005. Antara asas yang diambil kira ialah dari segi kepentingan sejarah, perhubungan dengan sejarah Malaysia dan hubungan sosial atau kebudayaan masyarakat setempat.

“Buat masa sekarang difahamkan, kerajaan negeri melalui Muzium Negeri Kedah telah mengambil inisiatif membina kemudahan berkaitan. Namun, begitu, kita boleh melakukan penambahbaikan dengan memberikan khidmat kepada pihak berkaitan agar ia menepati ciri-ciri dan keperluan sebagai tapak warisan kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat monumen tersebut bersama Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong dan Ketua Pengarah Bahagian Triti Perundangan Kementerian Luar Thailand, Ittiporn Boonprachong di sini hari ini.

Hadir sama ialah Duta Besar Diraja Thailand ke Malaysia, Thana Duangratana; Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah, Datuk Mohd. Hadzir Ismail; Konsul Jeneral Thailand ke Pulau Pinang, Voradet Viravakin dan Setiausaha Kehormat Persatuan Warisan Pulau Pinang, Clement Liang.

Batu sempadan di Kampung Terat Batu itu dipercayai dibina oleh Kerajaan British dan Siam sebelum 1831 iaitu pada zaman penaklukan Kompeni Hindia Timur Inggeris.

Pembinaan monumen tersebut bertujuan membahagikan kawasan antara negeri Kedah atau Saiburi yang ketika itu di bawah Siam dengan Pulau Pinang yang ditakluki oleh British.

Berdasarkan pemerhatian, tulisan yang terpahat pada bahagian tengah batu tanda sempadan itu tertulis ayat berhuruf besar British Siamese Boundary diikuti tulisan Thai bermaksud Garis Sempadan Kompeni Bersambung Dengan Siam.

Selain itu, terdapat juga tulisan jawi yang terpahat pada bahagian bawah batu tersebut tetapi tidak dapat dibaca dengan jelas kerana mengalami kerosakan.

Sementara itu, Boon Som berkata, penemuan batu sempadan berkenaan merupakan salah satu bukti penting mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini sejak beratus tahun lalu.

“Ini juga bermakna masyarakat Siam berada di kawasan ini sejak turun-temurun dan mereka adalah bumiputera dan bukannya kaum pendatang atau imigran yang dibawa masuk oleh British sebelum merdeka,” jelasnya.

Ittiporn pula berkata, pihaknya bersedia mengalu-alukan langkah memulihara monumen tersebut kerana ia boleh mengukuhkan lagi fakta sejarah bagi kedua-dua negara.

“Walaupun batu sempadan ini tidak lagi diterima pakai menurut takrifan undang-undang sempadan antarabangsa, ia masih mempunyai nilai tersendiri terutamanya dari segi sejarah dan kebudayaan masyarakat,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.