saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2012

Tempoh 6P tidak akan dilanjutkan

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang berakhir hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, secara pentadbiran proses permohonan pemutihan akan diteruskan bagi Pekerja Asing Tanpa izin (PATI) yang telah berdaftar sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos tahun lalu.

Jelasnya, pertimbangan itu dibuat di atas rayuan para majikan bagi melengkapkan proses pemutihan, pengeluaran dokumen yang berkaitan dan temuduga dengan agensi kawal selia.

“Oleh itu, bagi majikan yang masih belum berbuat demikian adalah dinasihatkan untuk berurusan segera sama ada di Pusat Sehenti (OSC) di Putrajaya iaitu Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia; Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia atau Pejabat Pengeluar Pasport Presint 15.

“Selain, Kompleks KDN Jalan Duta, Kuala Lumpur, Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Selangor, Kompleks KDN Johor Bahru, Johor, Kompleks KDN Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Kompleks KDN Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tempoh program 6P bermula Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Mahmood berkata, sehingga hari ini sejumlah 323,093 PATI membabitkan 21,965 majikan telah diputihkan dan diampunkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.