saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2012

Hentikan mendulang 'pyrite'


ORANG ramai terus mendulang dan mencari batu yang didakwa disaluti emas di Kampung Melayu Majidee Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 11 Jan. - Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti 'mendulang emas' di Kampung Melayu Majidee di sini diminta menghentikan aktiviti itu kerana ia bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga merosakkan infrastruktur serta mengganggu ketenteraman penduduk kampung berkenaan.

Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam berkata, aktiviti mendulang dan mencari batu yang telah disahkan sebagai mineral jenis 'pyrite' itu telah dijalankan sejak seminggu lalu dan turut merosakkan jalan yang baru diturap di kampung berkenaan.

''Rata-rata penduduk kampung ini sudah tidak lagi menjalankan aktiviti tersebut setelah ia disahkan bukan emas tetapi orang luar masih datang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kampung Melayu Majidee menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu selepas batu-batuan di Jalan Mewah kampung berkenaan didakwa disaluti emas.

Susulan itu, Jabatan Mineral dan Geosains negeri yang membuat kajian ke atas batu tersebut semalam mengesahkan bahan berkenaan bukannya emas, sebaliknya sejenis mineral dikenali sebagai 'pyrite' yang tidak bernilai.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan hari ini mendapati orang ramai masih mendulang dan mencari batu-batuan dari awal pagi sehingga ke lewat petang.

Dakwaan mengatakan batu berkenaan bernilai dan boleh dijual di kedai emas membuatkan orang ramai masih menaruh harapan meskipun hingga kini tiada bukti mengesahkan dakwaan tersebut.

Seorang suri rumah, Zarina Abdullah, 34, dari Taman Seri Setanggi di sini mengakui membaca laporan berita mengatakan batuan tersebut bukannya emas, namun ia tidak menghalangnya untuk mencari 'emas' tersebut.

"Walaupun mereka kata itu bukan emas, saya tetap cari, manalah tahu kalau ada nasib. Kalau bukan emas pun, saya tetap akan simpannya sebagai barang hiasan dan kenang-kenangan," katanya.

Seorang warga emas, Zaiton Seman, 64, dari Taman Molek di sini pula sanggup datang ke kampung itu hari ini selepas mendengar mengenai penemuan 'emas' itu dan mengakui tidak mengetahui batu tersebut bukannya emas kerana belum membaca berita tersebut hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.