saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 13/01/2012

Petrosains Playsmart terima 2,000 pengunjung sebulan

KOTA KINABALU 12 Jan. - Petrosains Playsmart Kota Kinabalu menjadi pusat sains satelit pertama di Malaysia Timur dan penubuhannya dilihat mampu menggalakkan para pelajar untuk lebih meminati bidang sains dan teknologi, serta mengetahui sejarah pembangunan industri petroleum negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, keprihatinan dan komitmen Petronas membawa masuk Petrosains Playsmart ke negeri bawah bayu merupakan usaha penting bagi memastikan pembangunan modal insan secara holistik dalam semua bidang di Sabah.

Katanya, inisiatif pendidikan tersebut jelas membuktikan Petronas memberi penekanan terhadap kepentingan untuk mengaplikasi bidang sains dalam kehidupan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan pendidikan kepada rakyat.

"Sememangnya kita amat mengalu-alukan keprihatinan dan komitmen Petronas serta anak syarikatnya dalam menjayakan pelbagai program di Sabah, malah, turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka untuk rakyat di sini.

"Penguasaan bidang sains dan teknologi merupakan aspek penting untuk kita terus kekal kompetitif dalam persaingan era global dengan mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian," katanya ketika berucap merasmikan Petrosains Playsmart di Perpustakaan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Wong Vui Yin.

Musa berkata, beliau difahamkan Petrosains Playsmart merupakan salah satu inisiatif pendidikan yang dijayakan oleh Petronas melalui kerjasama erat dengan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, penubuhan pusat sains satelit itu bukan sahaja sebagai salah satu cabang dalam bidang sains dan teknologi, tetapi ia juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut.

Katanya, pusat petrosains itu akan mengadakan program 'masuk kampung' bagi memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat luar bandar tentang bidang tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.