saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/01/2012

PRU-13 selepas janji dikotakan

KUALA LUMPUR 13 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pilihan raya umum akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal hari ini, Najib berkata, secara dasarnya "pilihan raya adalah satu tindakan yang perlu dilakukan berasaskan faktor keyakinan, dan ketika itulah anda melakukannya. Tetapi akhirnya ia adalah suatu keputusan yang mengikut gerak hati.

"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai.

''Saya berharap ia akan menjadi satu masa tepat tidak lama lagi, tetapi kami masih perlu mengotakan janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka," kata beliau.

Dalam wawancara itu, Najib dilaporkan sebagai mengakui bahawa suasana ekonomi global yang merosot terutamanya krisis hutang yang berterusan di Eropah boleh menyukarkan beliau membuat keputusan berhubung bila pilihan raya boleh diadakan.

Laporan itu menyebut ramalan ekonomi yang semakin merudum juga boleh menyebabkan Najib membubarkan Parlimen sekaligus memberi laluan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada yang dirancang.

"Namun setakat ini, kami masih agak selesa kerana daripada segi jumlah dagangan yang melibatkan Kesatuan Eropah hanya melibatkan kira-kira sembilan peratus, oleh itu kami tidak begitu terjejas," kata beliau.

"Tetapi kejatuhan zon Eropah atau bentuk bencana lain akan menjejaskan seluruh dunia."

Pilihan raya umum lepas diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Najib berkata, kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang akan meningkatkan usaha untuk menguasai medan politik Malaysia dalam tempoh beberapa bulan ini.

Merujuk keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, sebaik keputusan itu diketahui, "kesemua ketegangan yang menyelubungi perbicaraan itu hilang dan orang ramai kini menyedari bahawa ada perkara lain yang lebih penting daripada hanya isu Anwar."

"Apa yang penting kini ialah kita mesti meneruskan kehidupan," kata beliau dan menyebut tindakan yang diambil untuk menjadikan pilihan raya umum akan datang yang lebih telus. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.