saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/01/2012

Dua beradik rentung dalam kebakaran 7 buah rumah


PENDUDUK setempat membantu mencari cebisan mayat dua beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, Sabah, semalam. - BERNAMA


TAWAU 15 Jan. - Dua beradik perempuan rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran yang melibatkan tujuh buah rumah di Kampung Titingan, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi, Andi Herah Andi Muddah, 19, dan adiknya, Puteri Intan Andi Muddah, 6, ditemui dalam keadaan berpelukan di dalam sebuah bilik sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, pihaknya menemui mayat dua beradik itu selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi ini.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan buat masa ini, pihak kami masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 21 anggota bomba bersama empat jentera bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 3.50 pagi.

Sementara itu, Andi Herah atau lebih dikenali sebagai Nowet, sepatutnya melaporkan diri di Kolej MAHSA cawangan Kota Kinabalu pada 28 Januari ini.

Dua beradik itu masing-masing merupakan anak kedua dan keempat daripada lima beradik, tinggal bersama ibu bapa dan dua lagi adiknya di tingkat bawah rumah dua tingkat manakala neneknya dan 10 anggota keluarganya di tingkat atas rumah itu.

Nenek mangsa, Rahmah Beddu Rahman, 65, yang tinggal di tingkat atas berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah mendengar teriakan dari luar rumahnya yang mengatakan ada kebakaran.

"Dalam keadaan gelap, saya bangun dan terus mencari cucu saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, usaha bapa Andi Herah, Andi Muddah Manawang, 51, untuk menyelamatkan dua anaknya itu bagaimanapun gagal walaupun selepas beberapa kali menendang pintu bilik anaknya itu yang terkunci dari dalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, insiden kebakaran itu turut menyebabkan 74 orang daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Kita semua pasti bersedih kerana musibah kebakaran kali ini bukan sahaja memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk malah turut melibatkan kehilangan nyawa.

"Bagaimanapun, saya berharap kesemua mangsa dapat bersabar dan menganggap tragedi ini sebagai ketentuan Allah," katanya.

Tambahnya, kerajaan akan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa terlibat bagi meringankan beban mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.