saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/01/2012

Anwar dan geopolitik Asia Tenggara

AMALAN siasah Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak era reformasi hingga ke era pra-901 sentiasa menerima dukungan moral dan simpati segelintir individu serta organisasi di Amerika Syarikat (AS), termasuk mantan Naib Presiden dan seorang pengasas neokonservatif.

Ini menyemarakkan gerakan siasah alternatif yang kurang etika, dangkal susila dan longgar disiplin, di samping menyamakan demokrasi dengan aktiviti jalanan, atas motif peribadi.

Andaian seperti di atas kerana wujudnya beberapa bukti dan Anwar memang sentiasa berusaha mendapatkan legitimasi antarabangsa bagi mencerahkan kegerhanaan peribadinya serta menyemarakkan kelesuan politiknya.

Pertama: Di Sidang Kemuncak APEC di Kuala Lumpur, 16 November 1998, Al-Gore selaku Naib Presiden AS "memuji rakyat Malaysia yang menentang kepimpinan (Tun Dr.) Mahathir Mohamad sebagai manusia yang berani" (Mark Landler, The New York Times, 17 November 1998).

Mengapakah Al-Gore tergamak mencemarkan pelantar diplomasi pelbagai hala mengenai ekonomi Asia-Pasifik untuk menempelak Dr. Mahathir dan memuji penyokong Anwar.

Bukankah kerana AS mahu Dr. Mahathir disingkirkan sebab khuatir negarawan Malaysia yang mengasaskan Kerjasama Selatan-Selatan ini boleh menghakis pengaruh AS di Dunia Ketiga, Dunia Islam dan Negara-Negara Berkecuali.

Pada ketika itu, Bill Clinton selaku Presiden AS sedang memperhebatkan pengaruh AS ke seluruh dunia menerusi strategi yang dilabelkan Joseph Nye Jr. (2002:9) sebagai soft power menerusi prinsip hak asasi dan konsep neoliberalisme yang mencetuskan globalisasi.

Lantas kenyataan Al-Gore ini bukannya untuk menyokong Anwar, tetapi bagi menggalakkan pertukaran rejim bagi membolehkan Malaysia dipemimpin individu yang boleh diperalatkan olehnya.

Inilah sebabnya bila AS gagal dan Malaysia adalah strategik kepada perang terorisme AS, pelbagai artikel ilmiah pula memuji Dr. Mahathir dan menyatakan hubungan Malaysia-AS kembali pulih di era pasca-911.

Bukti kedua: Anwar mengakui beliau bersahabat dengan Paul Wolfowitz (Hard Talk, BBC World, 10 Mei 2005) mantan pembesar Bank Dunia, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan penngasas neokonservatif yang pro-Israel.

Ini disahkan oleh Wolfowitz menerusi kenyataan bahawa beliau memang mengenali Anwar sejak tahun 1983 (Presidential Fellows Lecture, 16 Jun 2006).

Persahabatan ini tidak salah. Namun pertalian antara seorang yang mempopularkan dirinya sebagai pejuang Islam dengan individu yang amat pro-Israel adalah aneh.

Hakikat ini makin serius kerana Wolfowitz adalah pengasas Project for the New Amerian Century (PNAC) yang menyediakan kajian Rebuilding America's Defenses: Strategy, Forces and Resources for A New Century (2000).

Kajian ini memperakukan AS mengerahkan tenteranya daripada Eropah Tenggara ke Asia Tenggara, dan menukarkan corak mobilisasi pasukan tentera laut AS bagi mencerminkan keprihatinan strategik AS di Asia Timur (PNAC 2000:iv).

Beberapa perakuan kajian ini juga jadi sebahagian The US National Security Strategy (2002) yang mendasari perang terorisme di Afghanistan, Iraq dan Asia Tenggara (Tom Barry 2004:1).

Lantas apakah motif Anwar berbaik-baik dengan Wolfowitz, penggerak utama mobilisasi tentera AS ke Asia Tenggara dan penyokong perang terorisme yang mengorbankan ratusan ribu umat Islam di Afghanistan dan Iraq?

Tidakkah ini membuktikan neokonservatif mahukan pemimpin yang partisan kepada AS di Asia Tenggara untuk mendukung strategi besar AS kerana selama ini Malaysia berbaik-baik dengan semua pihak bagi mewujudkan perimbangan pengaruh secara halus atau hedging terhadap China.

Bukti ketiga: Anwar pernah menerima penghargaan RAND Corporation yang didakwa oleh majalah Sabili di Indonesia, sebagai satu daripada organisasi "untuk memecah belah umat Islam di berbagai belahan dunia, termasuk di Indonesia" (Dwi Hardianto 3 Februari 2011:32-33).

Dalam konteks ini, RAND Corporation juga menyediakan sebahagian strategi besar AS di Asia Tenggara menerusi kajian Zalmay Khalilzad et al. (1999) dan Richard Sokolsky et al. (2001).

Kajian The United States and A Rising China: Strategic and Military Implications (1999), menggesa AS mengukuhkan kerjasama politik dan ketenteraan dengan anggota ASEAN serta merobah pasukan tentera AS sesuai dengan kemungkinan senario di China, termasuk peperangan (Khalilzad et al. 1999:73-74).

Kajian The Role of Southeast Asia In U.S. Strategy Toward China (2001) oleh Sokolsky et al. (2001) pula menghuraikan pentingnya perairan utama di Asia Tenggara - termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan - kepada mobilisasi tentera AS daripada barat Pasifik ke Lautan Hindi dan Teluk Parsi.

Kajian-kajian di atas memang relevan kepada AS selaku adikuasa global. Namun intimasi Anwar dengan RAND Corporation cukup memusykilkan. Apakah keistimewaan Anwar kepada RAND Corporation hingga perlu diberikan penghargaan?

Mungkinkah RAND Corporation juga mahukan suatu hari nanti kepimpinan tertinggi Malaysia sanggup menggadaikan kedaulatan wilayahnya dengan memberikan kuasa fizikal kepada AS untuk meregulasikan ketenteraman pelayaran di Selat Melaka?

Jika hipotisis ini benar, apakah pendirian Malaysia terhadap China, dan di manakah wibawanya konsep ZOPFAN dalam ASEAN, seandainya AS dan China terdorong kepada satu konflik bersenjata di hari-hari mendatang?

Tidakkah sikap partisan Malaysia kepada AS dalam konteks ini boleh menggelapkan masa depan Malaysia dengan AS selaku rakan dagang terbesar di dunia, dan masa depan Malaysia dengan China selaku rakan dagang terbesar di Asia?

Lantaran itu, bila Anwar dipetik media sebagai berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya, 9 Januari 2012, kerana tekanan "pihak luar," siapakah "pihak luar" ini secara khususnya.

Kerana Anwar juga dipetik akhbar sebagai menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO kononnya berkonspirasi menjatuhkan beliau, tidak mungkinkah PKR yang sebenarnya bersekongkol dengan kuasa, organisasi dan individu asing?

Demi kesejahteraan bersama, hubungan Anwar dengan pihak-pihak asing ini perlu dirungkai dari sudut geopolitik AS di Asia Tenggara, serta menerusi perspektif masa depan Malaysia-AS dan Malaysia-China, yang kini tiada cacat celanya, tetapi boleh jadi mudarat jika berlaku perubahan kuasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.