saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 17/01/2012

DRB-Hicom sedia model perniagaan boleh dilaksanakan bagi Proton

17/01/2012 4:36pm

KUALA LUMPUR 17 Jan. - DRB-Hicom yang mengambil alih 42.7 peratus ekuiti Khazanah Nasional Bhd dalam Proton Holdings Bhd menyasar untuk merealisasikan model kerja boleh dilaksanakan bagi pengeluar kereta nasional itu, dengan penekanan khusus bagi pengeluaran kereta elektrik dan hibrid.

Pengarah urusan kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan dan penambahbaikan produk akan menjadi agenda utama yang digariskan oleh syarikat itu bagi Proton.

"Ketika teknologi automotif berkembang secara beransur-ansur, teknologi hijau memperoleh momentum serta mendapat sokongan daripada pengguna yang peka kepada alam sekitar. Justeru itu, kenderaan hibrid dan elektrik akan menjadi satu daripada tumpuan utama.

"Proton akan terus berusaha untuk menyediakan kepada keperluan, cita rasa, aliran gaya hidup pengguna sejajar dengan aliran pasaran automotif global, katanya.

Mohd Khamil berkata, selain kerjasama DRB-Hicom dan Proton untuk meningkatkan prestasi dan mempelbagaikan penawaran produk, penting juga bagi pengeluar kereta nasional itu mengembangkan keupayaan serta meningkatkan tenaga kerjanya. "Disinilah di mana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, boleh menyediakan satu daripada sinergi terbaik dan kemungkinan kunci utama kepada kecekapan teras syarikat untuk merungkai masa depan bagi Proton. ICAM, yang merupakan satu-satunya pusat pendidikan tempatan menawarkan kursus automotif, juga boleh berbangga dengan pendekatan pengajaran holistik uniknya di mana tenaga pengajar adalah daripada profesional industri.

Mohd Khamil berkata, ketika kerajaan meneruskan usahanya untuk mengembangkan industri automotif negara, Dasar Automotif Negara juga seharusnya boleh menggalakkan peserta global untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

"DRB-Hicom akan mengekalkan hasrat dan minatnya untuk melindungi syarikat kereta nasional manakala pada masa yang sama menggalakkan, memudahkan, mengembang dan meningkatkan industri automotif nasional Malaysia, yang dengan itu menjadikan Malaysia hab automotif pilihan yang berupaya menyaingi jiran-jiranya, katanya. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.