saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/01/2012

Cukai warisan 5 peratus mansuh

MELAKA 16 Jan. – Kerajaan negeri hari ini memansuhkan caj warisan lima peratus yang dikenakan ke atas semua pengusaha hotel sejak September tahun lalu, berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, khabar gembira itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 12,000 bilik penginapan yang beroperasi di negeri ini, termasuk di hotel berstatus satu hingga enam bintang, pengusaha hotel bajet, calet, resort dan inap desa.

Bagaimanapun, menurut beliau, pembatalan cukai warisan lima peratus sehari mengikut kadar harga bilik itu akan digantikan dengan caj warisan yang diseragamkan iaitu RM2 semalam.

“Caj warisan RM2 satu bilik untuk satu malam itu kita seragamkan tidak kira sama ada ia bilik hotel berbintang mahupun inap desa dan dalam tempoh setahun, dijangkakan kita boleh mengutip lebih RM4 juta.

“Kutipan dari caj warisan itu akan digunakan untuk membaiki infrastruktur, membangunkan produk pelancongan dan pemuliharaan warisan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog bersama kira-kira 100 wakil dan persatuan hotel serta pelancongan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik selain beberapa persatuan, antaranya Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA).

Hadir sama wakil dari Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia Melaka, Persatuan Pelancongan Melaka dan Persatuan Homestay Melaka serta empat pihak berkuasa tempatan negeri iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Mohd. Ali berkata, dalam sesi dialog itu semua persatuan dan pengusaha juga bersetuju caj warisan itu dikenakan bermula April ini memandangkan kontrak mereka dengan agensi pelancongan luar negara tamat 31 Mac ini.

“Caj warisan RM2 ini juga tidak akan membebankan pelancong jika dibandingkan dengan cukai lima peratus sebelum ini.

“Kerajaan negeri juga akan keluarkan notis mengenai caj warisan ini yang akan ditampalkan di premis-premis terlibat bagi mengelakkan pertikaian dan kekeliruan dalam kalangan pelancong,” katanya.

Ogos tahun lalu, Mohd. Ali meminta seluruh hotel dan pengusaha hotel bajet, calet, resort dan inap desa akur dengan peraturan cukai warisan lima peratus itu bermula 1 September.

Bagaimanapun, beberapa pihak antaranya MAH, MBHA, MAHO dan juga 137 ahli persatuan hotel bajet sebulat suara enggan melaksanakan cukai warisan itu yang disifatkan membebankan dan tidak munasabah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.