saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2012

Bahaya bekam tidak bersih

KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.

Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar.

“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.

“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut.

“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.

Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun.

“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zuhur 1:27
Asar 4:49
Maghrib 7:24
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.