saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/01/2012

Ibu rayu anak lari ikut kekasih pulang ke rumah

KEMAMAN 17 Jan. - Seorang ibu, Anita Othman merayu anak gadisnya yang meninggalkan keluarga dipercayai mengikut kekasih seorang tomboy sejak 9 Januari lalu supaya pulang kepangkuan keluarga.

Anita, 44, berkata, anak keduanya, Wan Suhana Wan Rohin, 15, yang belajar di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini keluar dari rumah melalui tingkap biliknya pada waktu malam.

Wan Suhana membawa bersama sebuah beg pakaian sebelum terjun dan menaiki kereta temannya itu yang menunggu di tepi jalan berhampiran rumah mereka di Kampung Banggol Kanan Cukai.

Anita yang bekerja sebagai tukang cuci memberitahu, dia tergamam dengan tindakan nekad anaknya itu dan sempat menjerit serta memanggil Wan Suhana beberapa kali agar tidak meninggalkannya.

"Saya sempat mengejar untuk menahan dia daripada menaiki kereta itu tetapi Ana tetap berdegil dan mahu meninggalkan kami.

"Kami tahu Ana mempunyai hubungan rapat dengan seorang tomboy digelar Alan, 19, dan mereka pernah merancang untuk berkahwin sebelum ini namun kami menghalang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dia sudah puas menghubungi Wan Suhana menerusi telefon bimbitnya namun gagal gagal selain berusaha mencari di rumah beberapa rakan anaknya itu.

"Ana baru sahaja mengenali Alan awal tahun ini ketika menemani ibu saudaranya bekerja di Taman Industri Paka, Dungun dan tinggal di rumah kongsi dan Alan juga bekerja di situ," katanya.

Berikutan kehilangan itu, Anita bersama suaminya, Yusof Ibrahim, 49, membuat laporan di Balai Polis Chukai semalam.

Sesiapa yang mengetahui di mana Wan Suhana berada diminta menghubungi Anita di talian 014-8443564 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.