saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 18/01/2012

6,500 pelajar Polimas terima baucar RM1.3 juta

KUBANG PASU 17 Jan. - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) dekat sini mengedarkan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM1.3 Juta kepada kira-kira 6,500 pelajarnya.

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar di kampus Polimas, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Mohd. Ghaus Abdul Kadir dan Pengarah Polimas, Kamaruzzaman Ismail.

Menurut Kamaruzzaman, setiap pelajar menerima RM200 dalam bentuk baucar yang boleh digunakan untuk membeli buku berkaitan kursus yang sedang diikuti, buku rujukan, jurnal, dan peralatan tulis sahaja.

"Hanya buku ilmiah dibenarkan dalam proses pembelian. Para pelajar ditegaskan menggunakan 80 peratus daripada nilai baucar untuk membeli buku ilmiah dan selebihnya peralatan tulis.

"Pelajar juga ditegah untuk menukar baucar tersebut dalam bentuk wang tunai, begitu juga pembekal serta pemborong buku tidak boleh menukar baucar tersebut dengan wang kepada pelajar," katanya selepas majlis itu.

Beliau berkata, bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh Perpustakaan Polimas juga bercadang memanggil syarikat-syarikat buku tempatan mengadakan pameran buku di kampus bagi memudahkan urusan pembelian buku dalam kalangan pelajarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zaini ketika berucap di majlis tersebut berkata, pelajar perlu menggunakan baucar itu dengan bijak untuk membeli buku yang berkaitan bidang masing-masing.

"Objektif pemberian baucar ini adalah untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku dalam kalangan pelajar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.