saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/2012

Round Robin kematian penyanyi


ROUND Robin bersama penyanyi baru mereka, Ejoy (duduk) yang menggantikan arwah Pako yang meninggal dunia secara mengejut tahun lalu.


ALBUM sulung kumpulan Round Robin berjudul The Philophobic yang berjaya dirakamkan pada April tahun lalu meninggalkan dua perasaan yang berbeza buat anggota-anggota kumpulan muzik berkonsepkan garage post punk tersebut.

Menurut pemain dram Round Robin, Jard Azhar, mereka gembira kerana album yang mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Interglobal Music (M) Sdn. Bhd. itu akhirnya dapat disiapkan selepas ia menjalani proses rakamannya sejak Julai 2010.

Sayangnya kata Jard atau nama sebenarnya Nurhaizad Azhar, 30, mereka berasa sedih kerana vokalis asal Round Robin iaitu Mohd. Arif Mohd. Nordin atau Pako meninggal dunia sebelum sempat melihat album itu berada di pasaran.

"Dalam album The Philophobic semua lagu dan lirik dicipta oleh arwah Pako. Album ini siap dirakamkan pada 20 April dan pada 4 Julai tahun lalu Pako meninggal dunia. Dia meninggal dunia secara mengejut tanpa ada penyakit kronik.

"Sayang sekali arwah tidak sempat melihat hasil-hasil karyanya berada di pasaran. Kami sedih kerana Pako meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 24 tahun ketika Round Robin baru muncul dengan album yang pertama.

"Bagaimanapun, kami reda dengan takdir Allah dan perjuangan Round Robin mesti diteruskan. Kami telah mengambil vokalis baru iaitu Ejoy (Syafizul Norizat) bagi menggantikan tempat arwah Pako," katanya kepada Hits.

Selain Jard dan Ejoy, Round Robin yang turut dianggotai oleh Aizad Mohammad Yusof (keyboard), Asraf Raiz (gitar) dan Syahmi Rawi (bass).

Jard mengaku kematian Pako secara mengejut itu agak memeranjatkan mereka.

Ini kerana katanya, dua hari sebelum kematian Pako, arwah kelihatan sihat dan begitu bertenaga berlatih bersama anggota-anggota Round Robin yang lain di dalam studio latihan bagi memantapkan lagi muzik mereka.

Justeru bagi mengenang jasa dan memelihara hak pembayaran royalti hasil lagu-lagu dan lirik-lirik ciptaan Pako, Round Robin bersetuju untuk menyerahkan pendapatan hasil kutipan royalti itu kepada adik arwah iaitu Nurul Adilah, 21.

"Kami semua termasuklah arwah Pako telah didaftarkan sebagai ahli MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia) mulai September tahun lalu. Semua karya arwah itu didaftarkan atas nama adik beliau.

"Walaupun arwah tidak sempat melihat kemunculan album ini dan merasai hasil royalti lagu-lagu ciptaannya tetapi ia sekurang-kurangnya dapat dikongsi oleh adik serta keluarga arwah," ujarnya yang akur dengan ketentuan itu.

Jelas Jard, biarpun album The Philophobic baru beberapa bulan berada di pasaran tetapi mereka puas hati kerana satu demi satu lagu terutamanya berjudul Omashita! yang telahpun disiarkan di saluran radio Hot FM dan X FM.

Malah lagu-lagu lain yang terdapat dalam album itu telah banyak kali dipersembahkan dalam gig yang Round Robin adakan di sekitar Kuala Lumpur beberapa tahun kebelakangan ini dan mendapat perhatian ramai peminat genre muzik tersebut.

"Kami telah mula mengadakan persembahan atau gig secara kecil-kecilan sejak tahun 2006 iaitu sebelum Round Robin menerbitkan album sendiri. Sehingga kini, kami telah mengadakan 53 buah persembahan bersama arwah Pako.

"Antara konsert terbesar yang pernah kami jayakan ialah di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada konsert yang turut dijayakan oleh kumpulan Bunkface itu telah ditonton seramai 5,000 peminat," jelasnya.

10 lagu ciptaan arwah Pako yang dimuatkan dalam album sulung Round Robin itu berjudul Omashita!, Helah, Philophobic, Lukha, Love For Losers, Interlude, Stressed Up, Traumatika, Rafla Jingga dan Epilog.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.