saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/01/2012

Shahidan minta perhatian FAM

KANGAR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta memberi tumpuan secara menyeluruh terhadap pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia berikutan gerakan bookie yang kini dikatakan kembali mempengaruhi pemain untuk mengatur perlawanan sejak kebelakangan ini.

Ia berikutan kenyataan terbaru daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat laporan sebahagian besar pemain Liga Perdana negeri itu berjumpa dengan bookie di Alor Setar sebelum perlawanan dengan MP Muar pada 9 Januari lalu yang menyaksikan Perlis dibelasah 7-2.

"FAM kena beri perhatian, jangan cuma menunggu tindakan polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kerana ia merupakan isu melibatkan maruah bola sepak negara," kata beliau dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Presiden PFA, Azhar Ahmad yang juga pengurus skuad Liga Perdana Perlis.

"Saya percaya bukan Perlis sahaja, kerana dalam perlawanan (liga) sudah tentu ia melibatkan keputusan dalam perlawanan lain sama ada menentukan menang atau kalah," katanya.

Shahidan mengulas mengenai soal siasat SPRM terhadap seorang pemain Perlis baru-baru ini berhubung dakwaan berlakunya gejala mengatur perlawanan berikutan kekalahan memalukan pasukan negeri itu dalam perlawanan Liga Perdana menentang MP Muar pada 9 Januari lalu.

Mengenai kes melibatkan skuad Perlis, Shahidan memberi amaran keras kepada semua pemain supaya tidak terlibat dengan gejala tersebut atau menghadapi tindakan tegas daripada pihak berkuasa dan PFA.

"Saya tidak bertolak ansur, tindakan tegas akan diambil walaupun sampai terpaksa tutup pasukan (tidak beraksi) dalam liga," tambah beliau.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan Perlis telah lama berlaku termasuk pada tahun lalu.

Malah, sebelum ini, dikatakan terdapat di kalangan pemain Perlis pernah ditawarkan sehingga RM100,000 oleh bookie untuk mengatur perlawanan tetapi ditolak oleh pemain berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.