saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/01/2012

Penulis Mohd. Sayuti, Buletin Rakyat mohon maaf pada Zaid

20/01/2012 3:25pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Saman RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim terhadap penulis politik, Mohd. Sayuti Omar dan dua lagi kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya dalam akhbar Buletin Rakyat pada November 2011, diselesaikan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof merekodkan perintah persetujuan itu di kamar beliau dengan kehadiran peguam, Nizam Bashir yang mewakili Zaid dan peguam bagi Mohd. Sayuti selaku penulis artikel, pengarang akhbar, Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn. Bhd., sebagai defendan 1-3.

Mereka bertiga membacakan permohonan maaf kepada Zaid di kamar hakim itu.

Selain itu, mereka juga bersetuju membayar RM1,000 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang didirikan oleh Zaid sebagai sebahagian daripada terma persetujuan penyelesaian.

Pihak defenden juga bersetuju menarik balik pernyataan tersebut dengan membuat permohonan maaf di muka depan akhbar tersebut selepas Perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Zaid selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 9 Disember 2011 dengan mendakwa artikel bertajuk ‘Zaid terus hanyut dalam keegoannya’ yang ditulis oleh Mohd. Sayuti dan disiarkan di muka surat 16 akhbar dwi-mingguan itu pada 1 November tahun lalu telah menjejaskan reputasinya dengan teruk. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.