saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/01/2012

Nasi Lemak Kopi O, lebih ceria




RANCANGAN bual bicara terkenal, Nasi Lemak Kopi O yang dulunya dikenali sebagai Keluarga di 9, kini tampil dengan wajah baru seiring sambutan tahun baru 2012.

Program yang bersiaran hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai pukul 8 pagi di TV9 itu menampilkan hos baru untuk memantapkan lagi program bual bicara terkenal hujung minggu itu.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Wan Sabariah Shikh Ali, penambahbaikan tersebut bertujuan untuk memastikan program ini lebih ceria dan menarik untuk ditonton.

“Saya mahu program ini tidak terlalu kaku, sebab itu kami selitkan beberapa segmen yang menarik.

“Setiap hari akan ada perbezaannya. Sebagai contoh, siaran pada hari Jumaat akan lebih memberi fokus kepada wanita dengan menampilkan hos baru Leya dan Hunny Madu.

“Siaran Jumaat juga menampilkan beberapa segmen baru antaranya Jalan-jalan Pasar Malam dan Kecoh Hos.

“Kecoh Hos adalah satu bentuk permainan untuk hos yang mana mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka akan lakukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi siaran Sabtu, pengisiannya agak santai bagi menarik minat golongan kanak-kanak menontonnya.

“Kebiasaannya kanak-kanak akan menonton kartun pada hujung minggu, jadi kami mahukan golongan ini juga tertarik untuk menonton program ini

“Sehubungan itu, pengisian bagi program hari Sabtu ini lebih kepada aktiviti kanak-kanak. Kami akan bawa wartawan kecil meninjau tempat-tempat menarik seperti ladang ternak lembu, klinik gigi, bilik mayat dan pelbagai lagi untuk mendedahkan golongan ini kepada ilmu pengetahuan yang baru,” kata Sabariah.

Selain itu, siaran Sabtu juga menampilkan beberapa segmen baru antaranya Inspirasi Personaliti, Ting-Ting dan Hanya di Malaysia, kesemuanya mempunyai intipati baru yang sangat hebat.

Sementara itu, bagi siaran Ahad pula, Nasi Lemak Kopi O menampilkan trio hos lelaki iaitu Ag, Fizo Omar dan Luqman.

Bersesuaian dengan gaya lelaki, topik perbincangan juga menjurus kepada prospektif lelaki.

“Siaran Ahad memang dikhususkan untuk perbincangan mengenai isu lelaki, antara topik panas yang akan dibincangkan adalah mengenai isu kewangan dan kekeluargaan,” ujar Sabariah.

Dalam pada itu, bagi hos baru rancangan bual bicara pagi yang mencatatkan rating tertinggi buat masa ini, Sharifah Aleya atau lebih dikenali sebagai Leya berkata, pengalaman mengendalikan rancangan ini amat mencabar.

“Pada penampilan pertama saya baru-baru ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar bersama Hunny Madu, kami berdua sebelum ini pernah digandingkan bersama.

“Rancangan ini disiarkan secara langsung, jadi penyampaian kita perlulah kemas, berbeza dengan radio. Di radio kita hanya sumbangkan suara kita, di televisyen selain gaya penyampaian, bagi saya pergerakan tubuh juga amat penting.

“Pertama kali saya ditawarkan menjadi hos ini, saya rasa sedikit gementar sebab sudah dua tahun saya tidak kendalikan rancangan seperti ini.

“Namun saya bersyukur kerana ini rezeki pertama saya bagi tahun ini,” ujar Leya yang juga penyampai radio Hot FM.

Dalam pada itu, bagi Hunny Madu pula, untuk mengacara program seperti ini, pengetahuan am perlu ditekankan.

“Sebelum bersiaran saya perlu membuat ulang kaji terlebih dahulu, ini sangat penting kerana kita yang akan mengawal rancangan ini.

“Pada penampilan pertama baru-baru ini, saya amat tertarik dengan segmen Kecoh hos. Kami sebenarnya tidak tahu apa kejutan yang bakal kami lakukan, saya amat seronok mengendalikan rancangan ini, pengisiannya lain daripada yang lain.

“Saya mahu sampaikan pengetahuan kepada penonton, itu matlamat saya, respon penonton dan peminat di laman sosial Facebook dan Twitter juga amat memberangsangkan, mereka turut menyukai segmen-segmen baru dalam rancangan ini,” jelas Hunny.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.