saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/01/2012

Kuasa dan tuah Tahun Naga, semuanya serba tidak kena

SEBELUM menyelak lebih lanjut isu minggu ini, eloklah saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai kepada para pembaca terutama masyarakat Cina.

Untuk makluman Utusan Malaysia akan terbit seperti biasa esok. Sambutan kali ini dianggap istimewa kerana 2012 adalah Tahun Naga, tahun yang dianggap paling berkuasa dan bertuah. Haiwan mitos itu merupakan simbol maharaja purba yang memiliki keberanian dan kebijaksanaan. Pastinya hari ini, banyak rumah terbuka dianjurkan dan akan berlarutan, sama seperti masyarakat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Melalui kunjung mengunjung seperti inilah, masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira pegangan agama berpeluang meningkatkan hubungan sesama mereka.

Apakah tuah dan kuasa di sebalik sambutan Tahun Naga ini? Semuanya terletak kepada usaha masing-masing. Tuah dan kuasa tidak datang bergolek.

Begitu juga dengan parti-parti politik. Siapakah yang bakal berkuasa dan bertuah jika pilihan raya umum (PRU) dilangsungkan pada Tahun Naga ini? Mampukah Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan kuasanya atau barisan pembangkang (DAP-PKR-Pas) berjaya memenuhi impian menduduki Putrajaya?

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen barisan pembangkang di Alor Setar pada 14 Januari lalu berkata: Kita mempunyai satu tanggungjawab yang besar dalam menuju Putrajaya tetapi jalan untuk ke sana sangat berliku dan penuh cabaran.

Sebagai parti politik, setiap tindakan, gerak geri dan tutur kata pemimpin akan diamati dan dianalisis. Maka apabila Abdul Hadi menggunakan kuasanya bersama barisan Jawatankuasa Pas Pusat, akhirnya, Hasan Ali dipecat daripada parti. Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia tidak perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin atau digantung keahlian atau diberi surat tunjuk sebab dan amaran kerana tindakan yang dianggap ‘tidak senonoh’ oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pemecatan itu membawa kepada gugurnya jawatan Exco yang disandang Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. Diselak kembali pemecatan itu, ia berlaku dalam tempoh yang singkat selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas bertindak terhadap Hasan yang mengeluarkan kenyataan supaya rakyat tidak diheret sama dalam demonstrasi Bebas Anwar 901.

Hasan juga membidas Pesuruhjaya Pas, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu menyertai perhimpunan tersebut. Justeru, ‘pergolakan’ itu diperhatikan oleh ‘musuh politik’ dan tentunya akan mengundang pelbagai tafsiran mengenai siapa kuasai siapa. Maka timbullah pelbagai andaian sama ada di pihak parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai Pas dikuasai PKR. Begitu juga dengan DAP yang ‘kurang senang’ dengan beberapa tindakan Hasan semasa menjadi Exco sehingga pemecatannya menimbulkan ‘perasaan lega’ di kalangan rakan-rakan dalam DAP. Siapa berkuasa dan siapa bertuah?

Pemecatan itu bermakna membawa ‘tuah’ kepada tujuh lagi ADUN Pas dan tumpuan tentulah kepada Dr. Abdul Rani. Malangnya tuah tidak memihak kepada ADUN Meru itu sebaliknya yang bertuah ialah ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi. Namun disebabkan kuasa PKR, tuah Pas tidak seberapa. Portfolio yang diberi hanyalah Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Dengan kuasa yang ada, Menteri Besar (MB), Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Sekali lagi, ia memberi peluang kepada ‘musuh politik’ untuk menghentam Pas kerana kehilangan portfolio yang sepatutnya menjadi milik mereka selari dengan perjuangan Islam yang dilaung-laungkan selama ini. Melihat, membaca dan mendengar apa yang berlaku semasa portfolio itu disandang oleh Hasan, maka banyaklah andaian yang dibuat terhadap penarikan balik portfolio berkenaan daripada Pas.

Maka di pihak Pas - tentunya terkejut - tetapi sedaya upaya cuba ‘memujuk atau mententeramkan’ hati dan perasaan. Pas dalam keadaan serba tidak kena cuba untuk mewajarkan perubahan portfolio itu. Bayangkan jika diterbalikkan suasana iaitu meletakkan UMNO di pihak Pas. Pastinya ‘panglima-panglima’ perang Pas akan membuat pelbagai kenyataan untuk memperkecilkan UMNO. Tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, yang pahit terpaksa juga ditelan, muka yang masam mencuka terpaksa dimaniskan demi menjaga hati rakan.

Nik Aziz sendiri tidak mahu mengulas kerana kata MB Kelantan itu: ‘‘Saya jaga Kelantan saja, saya tidak suka mengganggu kerajaan orang lain kerana orang lain itu ada kerajaannya sendiri”.

Baguslah macam tu tetapi sebagai Mursyidul Am, wajarkah pendirian itu?

Ada juga yang seolah-olah sudah kehabisan modal atau buntu memikirkan apa lagi alasan yang boleh diungkapkan bagi merelakan ‘pemergian’ portfolio agama kepada PKR. Mereka mendakwa kononnya UMNO sudah kehabisan modal apabila memainkan isu tersebut.

Contohnya, Dewan Pemuda Pas hairan dengan isu portfolio Hal Ehwal Agama Negeri Selangor yang begitu hangat diperkatakan terutamanya oleh UMNO yang terkejut apabila jawatan tersebut dipikul oleh Abdul Khalid.

“Kami hairan sejak bila Islam ini telah menjadi hak milik Pas termasuk kedudukan memegang jawatan portfolio tersebut. Kami berpendapat bahawa agama Islam sepatutnya dan sebolehnya diuruskan oleh semua orang yang bukannya orang tertentu sahaja. Sebagai contoh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, portfolio Hal Ehwal Agama Islam disandang oleh Abdul Malik Abul Kassim yang beliau adalah ahli PKR dan bukan Pas.

“Persoalan kami, adakah apabila bukan ahli Pas memegang portfolio Hal Ehwal Agama bermakna portfolio tersebut akan disalah gunakan seperti mana yang cuba digambarkan?

“Dengan demikian, bagaimana pula pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri bukan diperintah oleh PR tentang portfolio Hal Ehwal Agama yang dikendalikan oleh ahli UMNO dan bukan ahli Pas? Bagaimana pula kita ingin mengukurnya dan telahan yang akan digambarkan?” Begitulah kenyataan yang dikeluarkan.

Persoalannya, siapa sebenarnya terkejut? UMNO atau Pas atau kedua-duanya? UMNO dan Pas mempunyai sebab-sebab tertentu untuk terkejut.

Senang cakap seperti kata Hasan dan juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Kata mereka, akan tiba masanya pihak yang sepatutnya memperjuangkan Islam diketepikan daripada tanggungjawab itu dan akan tiba saat kehancuran apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya.

Memanglah Islam bukan milik Pas. Siapa kata Islam milik Pas? Hanya Pas yang menggunakan Islam pada nama partinya bagi menunjukkan keIslaman perjuangan mereka. Tetapi renung semula kenyataan Zulkifli dan Hasan tadi. Bukanlah bertujuan memperkecilkan keupayaan Khalid. Kita hormat Khalid sebagai MB atau sebagai ‘imam’ yang ketika ini sedang memimpin seluruh jemaah di Selangor. Begitu juga tidak semua negeri, portfolio agama ini dipegang oleh MB atau KM.

Di Pulau Pinang, di bawah penguasaan DAP sekarang, dengan hanya seorang ADUN, tidak mungkin Pas akan mendapat kerusi Exco, kecuali semasa BN. Jika diselak kembali pada 1982, wakil tunggal MIC, T.Subbiah dilantik sebagai Exco oleh kerajaan Gerakan pimpinan Dr. Lim Chong Eu.

Berkaitan kenyataan di bawah kerajaan BN, portfolio agama tidak dipegang oleh Pas, maka terserah kepada pembaca menilai kenyataan seumpama itu. Sudah tentulah BN tidak akan memberi portfolio agama kepada ‘musuh’ politiknya!

Akhirnya, adakah perubahan yang berlaku dalam portfolio ini akan menggambarkan komposisi barisan Kabinet yang bakal dibentuk jika pakatan pembangkang menjejakkan kaki di Putrajaya nanti? Adakah Pas bersedia menerima apa sahaja jawatan yang bakal diberi oleh DAP dan PKR? Tentunya, ada hikmah di sebalik kehilangan portfolio agama di Selangor. Sekurang-kurangnya Pas akan lebih bersedia dan reda untuk menerima sebarang kemungkinan selepas PRU akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.