saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/01/2012

Khairy cabar DAP umum jumlah ahli Melayu

IPOH 23 Jan. - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencabar DAP mengumumkan jumlah orang Melayu yang menjadi ahlinya jika benar ia parti berasaskan berbilang kaum seperti yang sering didakwanya.

Menurutnya, penyertaan tiga orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini belum cukup untuk menunjukkan bahawa parti dominan Cina itu adalah parti berbilang kaum.

Katanya, ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan wujud kecenderungan kalangan orang Melayu untuk menyertai DAP.

"Jangan tunjuk tiga orang sahaja. Itu hanya tiga orang. Kita hendak tahu berapa ramai di peringkat bahagian, negeri dan pemimpin DAP adalah ahli Melayu.

"Jangan cakap DAP parti berbilang kaum sedangkan mereka tidak dapat keahlian daripada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas Program Turun Padang Ketua Pemuda BN ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman DAP tentang penyertaan orang Melayu ke dalam parti itu antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohd. Ariff Sabri Aziz dan veteran UMNO dari Negeri Sembilan, Aspan Alias baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Sementara itu, Khairy juga yakin pelbagai program pendidikan, kerjaya, sukan dan kebajikan, di samping kempen di alam siber yang dilaksanakan Pemuda BN sejak tiga tahun lalu mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya bukan cakap retorik tetapi berdasarkan tujuh dan lapan pilihan raya kecil lalu, kita dapati pengundi muda semua sudah kembali kepada BN," ujarnya.

Ditanya berapa ramai golongan muda menyertai BN selepas PRU 2008, Khairy memberitahu, beliau tidak mempunyai data mengenainya tetapi bilangan yang menyertai Pemuda UMNO sahaja sudah melebihi 100,000 orang.

"Yang masuk Pemuda UMNO sahaja, pada tahun lalu kita dapat 50,000 orang dan sebelum itu seramai 30,000 orang. Saya rasa jumlahnya sudah cecah lebih 100,000 dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain program turun padang di Buntong, Khairy juga menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda BN serta Pelancaran BN Pilihan Orang Muda dan Penyampaian Alatan Sukan di Taman Mior Aris di Padang Rengas.

Beliau juga melancarkan Gerak Gempur dan Skuad Bermotor Pemuda BN serta merasmikan Rali Motorcross Terbuka Malaysia di Lenggong dalam rangka lawatan seharinya ke Perak hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.