saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 25/01/2012

500 sertai program sihat di Ulu Legong


SEBAHAGIAN daripada pelajar UKM dan AUCMS menyertai program kesihatan di Kampung Ulu Legong, Kedah, baru-baru ini.


BALING 24 Jan. - Lebih 500 penduduk, termasuk Orang Asli Ulu Legong menyertai program kesihatan bersama pelajar tahun dua Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Perubatan Sains Alliance (AUCMS) di Kampung Ulu Legong dekat sini, baru-baru ini.

Program dua hari yang mendapat kerjasama Pejabat UMNO Bahagian Baling dan Pejabat Kesihatan Baling itu turut melibatkan pengisian seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan cara pemakanan sihat.

Naib Cancelor AUCMS, Prof. Datuk Dr. Muhammad Abdul Razak berkata, kerjasama penduduk Orang Asli suku kaum Kinsiu berkenaan amat bermakna dalam menyedarkan mereka dan orang ramai mengenai kehidupan masyarakat sihat.

"Kita menyanjung tinggi usaha pelajar-pelajar perubatan dan berterima kasih atas kerjasama penduduk Orang Asli menjayakan program kesihatan ini," katanya ketika merasmikan program tersebut.

Hadir sama Penasihat Program Masyarakat Sihat, Dr. Novell Lydon dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Baling, Suriati Che Mid.

Muhammad berkata, selain membantu masyarakat dan penduduk Orang Asli, program tersebut juga dapat menambah pengetahuan dan memberi manfaat kepada para pelajar terlibat.

Katanya, kemahiran langsung adalah dituntut dalam kerjaya kedoktoran dan peluang seumpama itu wajar dimanfaatkan oleh pelajar berkenaan.

"Pelajar terbabit disyor tinggal bersama masyarakat Orang Asli sekurang-kurangnya sebulan bagi mendalami kehidupan bersama masyarakat berkenaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.