saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/01/2012

Senator Doris Sohpia dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

26/01/2012 2:28pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Senator Doris Sophia Brodi hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Sarawak pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini.

Doris Sophia, 52, yang juga Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator pada 12 Mac 2010.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Doris Sophia berkata, beliau berasa terharu dengan pelantikan itu yang disifatkannya bukan saja sebagai penghormatan kepada wanita Sarawak, tetapi juga wanita Malaysia amnya.

"Saya akan berkerjasama dengan Tan Sri (Abu Zahar) untuk mertabatkan Dewan yang mulia ini, kata Doris Sophia yang juga Naib Presiden PRS.

Juga mengangkat sumpah hari ini dua senator iaitu Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Rahmani @ Rohani Abdullah.

Firdaus merupakan Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, manakala Rahmani pula ialah Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kedua-dua pelantikan berkuat kuasa hari ini untuk tempoh selama selama tiga tahun.

Pelantikan Firdaus, 68, adalah untuk penggal kedua, manakala Rahmani, 65, adalah kali pertama. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.