saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/01/2012

Perkenal kraf tangan cara e-pemasaran


Sohaimi Shahadan (kanan) menunjukkan kemahiran mengesek rebab sehingga mencuit hati, Isa Samad (kiri) dan tetamu yang hadir pada sesi kunjungannya di rumah Isa di Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan, kelmarin.


TUMPAT 27 Jan. – Kraftangan Malaysia akan memperkenalkan konsep e-pemasaran sebagai medium baharu dalam memasarkan produk kraf tangan tempatan untuk dieksport ke luar negara.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, konsep tersebut akan dilancarkan pihaknya pada pertengahan bulan depan.

Menurutnya, konsep tersebut bertujuan memudahkan orang ramai di serata dunia membeli serta mendapatkan hasil kraf tangan tempatan yang terpilih dengan lebih cepat.

“Kita sasarkan e-pemasaran ini sebagai medium baharu untuk memasarkan hasil kraf tangan. Kita akan melantik sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang ini.

“Kita jangkakan konsep ini mampu meningkatkan jumlah jualan produk kraf tangan tempatan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Rumah Adiguru Kraf Serunai, Isa Samad di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd. Razis Md. Said.

Sohaimi memberitahu, selain konsep e-pemasaran pihaknya juga akan membuka lebih banyak outlet di luar negara yang merupakan sebahagian daripada pelan transformasi kraf tangan negara.

“Kita akan membuka outlet berkenaan di negara eropah, timur tengah serta negara China. Batik merupakan penyumbang tersebar hasil kraf tangan negara di peringkat antarabangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.