saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/01/2012

KPTM, Ketengah jalin kerjasama tubuh kolej kesepuluh

KOTA BHARU 27 Jan. - Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) bakal menubuhkan cawangan kampusnya yang kesepuluh di Dungun, Terengganu melalui kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya kini dalam proses akhir perbincangan dengan Ketengah bagi merealisasikan rancangan itu yang dijangka mengambil 300 pelajar baru sebagai permulaan.

"Penubuhan cawangan baru akan membuka peluang pendidikan tinggi kepada pelajar luar bandar sama seperti usaha yang dilakukan sebelum ini dengan pembukaan KPTM-Kesedar di Gua Musang pada pertengahan tahun lalu.

"Pihak Ketengah sudah mempunyai bangunan dan fasiliti kolej miliknya sendiri dan fungsi KPTM adalah untuk menyalurkan pengalaman dan kepakaran kita dalam bidang pendidikan," katanya selepas mengetuai lawatan Ahli Lembaga Pengarah KPTM ke bangunan baru kampus kejururawatan kolej itu di Lembah Sireh, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Yussoff Dohab; Presiden KPTM, Datuk Yusoff Harun dan Pengarah KPTM Kota Bharu, Saifudin Husin.

Sementara itu, Sohaimi berkata, kampus kejururawatan itu yang sebelum ini beroperasi di Kemumin, Pengkalan Chepa akan dirasmikan pada Mac ini dan ia terdiri daripada tiga blok bangunan termasuk pentadbiran, kelas dan asrama yang boleh menampung 850 pelajar pada satu-satu masa.

"KPTM sebagai kolej bumiputera terbesar dalam negara dengan 15,000 pelajar kini sudah mempunyai sembilan kampus cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Bangi, Batu Pahat, Kuantan, Alor Setar, Kuantan, Semporna, Kota Bharu dan Kesedar-Gua Musang.

"Kita juga dalam perbincangan akhir untuk menaik taraf kampus di Kuala Lumpur sebagai sebuah kolej universiti selain sentiasa memastikan kualiti 60 program pengajiannya relevan dengan kehendak semasa dan pasaran kerja," katanya.

Jelasnya lagi, KPTM mahu memberi fokus kepada program yang berimpak tinggi dan antara usaha yang dibuat adalah mengadakan kerjasama dengan kolej luar negara.

Pada tahun ini, katanya, KPTM akan mula menawarkan pengajian 2+1 jurusan sarjana muda perakaunan dengan Dublin Business School (DBS), Ireland.

"Melalui kerjasama ini, pelajar bukan sahaja berpeluang menyambung pengajian di Ireland bahkan mendapat pengiktirafan profesional dari Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.