SUKAN TEMPATAN
ARKIB : 30/01/2012
Igauan ngeri buat saya - Amir Mustafa
KUALA LUMPUR - Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Amir Mustafa Rusli menganggap kemalangan yang melibatkan beberapa rakannya dalam Perlumbaan Pemilihan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Putrajaya semalam sebagai mengerikan.
Amir yang turut mengambil bahagian dalam perlumbaan sejauh 180 kilometer itu berada di kelompok depan, sebelum dia terdengar bunyi kereta membrek dengan kuat dan melihat beberapa pelumba di hadapannya melambung akibat pelanggaran tersebut.
"Jika tidak silap saya kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika perlumbaan 10 pusingan itu memasuki pusingan kedua, tiba-tiba 500 meter sebelum tiba di garisan permulaan saya terdengar bunyi kereta membrek dan kelihatan sebuah Kancil warna kelabu meluru ke arah pelumba," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Kemalangan tersebut menyaksikan pelumba negara, Mariana Mohamad cedera parah manakala tiga lagi pelumba, Masziyaton Mohd. Radzi, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid mengalami cedera ringan.
Jelasnya, kereta tersebut yang meluru laju terus melanggar pelumba yang berada di hadapannya menyebabkan dua pelumba terpelanting di atas bonet, manakala dua lagi berada di sisi kereta tersebut.
"Kereta itu dipandu oleh seorang wanita dalam umur lingkungan 40-an, sebelum itu dia sudah memberhentikan kenderaannya selepas disuruh oleh polis yang mengawal lalu lintas, sebaik polis tersebut bergerak ke depan, dia tidak menyedari kami (pelumba) akan melalui laluan yang sama.
"Jarak antara pelumba dan polis yang mengawal lalu lintas adalah lebih kurang 10 meter, mungkin antara ruang tersebut dia menyangka jalan sudah selamat untuk dilalui sedangkan kami sedang berlumba dan akan melalui laluan tersebut," katanya.
Perlumbaan tersebut diadakan bagi memilih pelumba lebuh raya untuk pasukan elit wanita dan remaja lelaki menjelang ACC 2012 yang diadakan di Kuala Lumpur dari 6 hingga 18 Februari depan.
"Selepas pelanggaran, perlumbaan dihentikan. Mereka yang mengalami kecederaan dibawa dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan satu lagi ambulans Hospital Putrajaya tiba 10 minit kemudian.
"Ini adalah pengalaman pertama saya berlumba dan menyaksikan dengan mata sendiri kereta merempuh pelumba dalam acara lebuh raya, ia memang amat mengerikan," kata pelumba yang mewakili pasukan benua dari Australia, Drpac Professional Cycling itu.
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Tengku Abdullah sah bertanding
Saya rai kemenangan - TMJ
TMJ ada kredibiliti jadi pemimpin - Presiden FAM
Hadiah istimewa buat anak - Safiq
Terlalu hormat punca Terengganu kalah
6 pemain tempatan bakal perkuatkan skuad Bujang Senang musim depan
BAM masih ada 2 bulan lagi
PKBM terseksa tunggu keputusan
Siapa jaguh LIMBC 2014?
Lechner hampiri kejuaraan wanita elit
Tengku Abdullah sah bertanding Exco FIFA
Jurulatih BAM tutup mulut
Tengku Abdullah jawab persoalan hari ini
Safiq Rahim terajui kemaraan JDT ke separuh akhir
Lambat dapat duit jadi alasan
Hari penentuan PKBM digantung atau dilepas?
Kualiti padang Stadium Nasional buat Dollah bimbang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












