saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 31/01/2012

Polis bekerjasama dengan Interpol kesan Kamal Hisham bantu siasatan pecah amanah

JOHOR BAHRU 30 Jan. - Polis negeri ini akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan satu kes jenayah pecah amanah melibatkan kerugian RM660,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, lelaki itu, Kamal Hisham Jaffar, 42, dipercayai masih berada di Malaysia.

"Jika dia berada di luar negara, kita akan bekerjasama dengan Interpol kerana kenyataannya amat penting bagi kes tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Kamal Hisham kini berada di Dubai berikutan tersiarnya satu iklan di beberapa akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan beliau menerima satu anugerah di sana.

Dalam iklan itu, beliau dilihat menerima anugerah The Emerging Legal Consultant In The UAE Award-2011 di Anugerah Perniagaan Malaysia Kedua di Dubai pada 18 Disember 2011 bagi pihak Kamal Hisham & Associates.

Namun, Utusan Malaysia dimaklumkan mengikut rekod Jabatan Imigresen, lelaki berkenaan tidak pernah keluar negara dan masih berada di negara ini.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, peguam terbabit memiliki kad pengenalan bernombor 700301-01-5853 dan alamat terakhir di No. 6, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee di sini.

Beliau berkata, kenyataan daripada Kamal Hisham amat diperlukan dan penting bagi menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

"Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai peguam berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Azlan Ahmad di talian 07-3354177 atau 019-4101222," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.