saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 01/02/2012

8 termasuk 2 beradik geng samun dicekup


Mohan Singh Tara Singh menunjukkan lima buah kereta yang berjaya dirampas dalam operasi pada sidang akhbar kes pecah rumah, curi kereta dan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Polis menemui enam buah kereta dan pelbagai jenis barang bernilai kira-kira RM260,000 yang dilaporkan hilang setelah memberkas lapan anggota sindiket curi kenderaan dan pecah rumah dalam beberapa serbuan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk dua beradik lelaki berusia antara 25 hingga 31 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan samun kereta dan pecah rumah di sekitar ibu negara, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan sejak lapan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis yang menubuhkan pasukan khas untuk mengesan penjenayah terbabit, menumpaskan kumpulan itu setelah memberkas suspek pertama iaitu seorang lelaki di kawasan berhampiran sebuah hotel di Cheras pada 14 Januari lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Perdana V6 dipercayai hasil samun bertindak merempuh anggota polis untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas tayar kenderaannya ditembak beberapa kali.

"Dalam serbuan itu, dua rakan suspek yang menaiki sebuah lagi kereta Perdana V6 juga dilaporkan dicuri dapat melarikan diri. Polis yang membuat pemeriksaan, menemui sebuah televisyen plasma jenama LG 42 inci dalam kereta Perdana V6 yang dirampas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mohan Singh berkata, hasil siasatan lanjut terhadap suspek pertama, polis membuat serbuan kedua di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Januari lalu dan menahan dua beradik lelaki, diikuti tangkapan dua lelaki dan seorang wanita di Kepong pada keesokan harinya.

Beliau berkata, dua hari selepas tangkapan tersebut, polis menemui masing-masing sebuah kereta Toyota Frontier dan Mitsubishi Evo yang disamun kumpulan itu di Perak dan Negeri Sembilan.

Katanya, selang dua hari kemudian, sebuah lagi kereta disamun kumpulan penjenayah terbabit iaitu Kia Citra yang dilaporkan hilang di Perak, berjaya ditemui di San Peng di sini.

"Hasil bantuan polis IPD Port Dickson, Negeri Sembilan, seorang lagi anggota sindiket diberkas pada 15 Januari lalu dan lelaki terbabit yang diberkas bersama Perdana V6 merupakan suspek yang melarikan diri dalam serbuan pertama di Pudu Ulu.

"Suspek terakhir ditahan ialah seorang lelaki pada 26 Januari lalu dan hasil tangkapan itu membawa kepada rampasan dua komputer riba dan sebuah lagi televisyen jenama Samsung," katanya.

Mohan Singh berkata, akhir sekali semalam, polis menemui sebuah lagi kereta jenis Kia Citra di Damansara yang dilaporkan hilang di Kajang sebelum ini.

Beliau berkata, selain merampas enam kereta, televisyen dan komputer riba, barang lain-lain turut dirampas ialah 17 botol minyak pelincir, enam jam tangan, empat pasang stokin, masing-masing dua beg dan seluar, pelbagai jenis aksesori wanita serta alat pembesar suara.

Katanya, penahanan kumpulan penjenayah ini dipercayai dapat menyelesaikan beberapa kes kejadian samun kereta dan pecah rumah di Cheras, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

"Kesemua suspek termasuk empat daripada mereka yang mempunyai rekod jenayah lampau direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.