saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/02/2012

Kenyataan Anwar mengenai Israel menikam diri - Rais

01/02/2012 9:30pm

JELEBU 1 Feb. Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, menikam dirinya sendiri apabila lebih banyak pihak mula meragui pendirian sebenar ketua pembangkang itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kenyataan yang dikeluarkan Anwar ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini juga telah melukai hati seluruh rakyat dan pemimpin dunia Islam.

"Saya fikir, negara dan rakyat dunia Islam tidak sebodoh itu untuk menerima gesaan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang semata-mata untuk memberi penghargaan kepada negara Israel dan kenyataan seperti itu telah melukai rakyat dan pemimpin negara-negara Islam, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Jelebu di Kampung Lakai, di sini hari ini, Rais berkata banyak pihak terutama pemimpin negara Islam kini mula meragui kepimpinan Anwar.

Rais berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat-sifat asas seorang pemimpin.

Rakyat dan pemimpin dunia Islam kini akan lebih mengenali siapa sebenarnya Anwar dan ketua pembangkang itu seharusnya perlu berhenti daripada terus mendustai rakyat, katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.