saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/02/2012

Bekas tentera perlu sikap 'samurai'

PERSATUAN Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang ditubuhkan lebih 86 tahun lalu oleh British telah menghadapi pelbagai cabaran bagi membantu golongan yang banyak berjasa kepada negara ini.

Perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang pada asalnya dikenali sebagai Ex-Services Association of Malaya (ESAM) telah mendapat sokongan positif kerajaan termasuk yang terbaru melibatkan kenaikan kadar pencen bekas tentera sebanyak lapan peratus mulai Januari lalu.

Bagaimanapun, perjuangan PBTM dengan sokongan kerajaan untuk membela nasib bekas tentera telah tergugat berikutan sebilangan ahli khususnya pesara baru yang berusia dalam lingkungan 40-an enggan mengubah sikap.

Akibatnya, program latihan kemahiran dan kursus keusahawan melalui Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dan lain-lain bantuan supaya pesara berdikari melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Yayasan Warisan Perajurit dan Yayasan Veteran tidak menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan.

Mengulas perkara itu, Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani yang telah bersama-sama persatuan itu selama 33 tahun termasuk 15 tahun sebagai presiden menegaskan, bekas tentera hanya boleh berjaya dalam hidup sekiranya mereka bersikap seperti 'samurai'.

"Kalau di Jepun, 'samurai' boleh membangunkan negara itu, kenapa kita bekas pejuang negara tidak dapat membangunkan ekonomi diri kita sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di ibu pejabat PBTM di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur kelmarin.

'Samurai' adalah pasukan tentera elit Jepun yang telah menguasai politik, ekonomi dan sosial negara Matahari Terbit itu selama tujuh abad. Selain mahir taktik peperangan, ramai 'samurai' berjaya dalam kehidupan sebagai orang awam termasuk menjadi penyair dan penulis kaligrafi berbakat.

Mengulas lanjut mengenai perubahan sikap yang perlu dilakukan bekas tentera, jelas Muhammad, terdapat empat budaya negatif golongan itu yang perlu dikikis termasuk budaya menunggu untuk menerima arahan terlebih dahulu sebelum bertindak.

"Bekas tentera menganggap mereka masih berada dalam kem sedangkan mereka telah berada di dunia luar yang memerlukan seseorang itu berdikari dan berusaha sendiri untuk memajukan diri,'' ujarnya.

Jelasnya, budaya kedua yang perlu diubah melibatkan keinginan untuk balik ke kampung selepas bersara, sedangkan kebanyakan kursus kemahiran yang diperoleh di Perhebat hanya sesuai dipraktikkan di bandar-bandar.

"Budaya ketiga melibatkan kecenderungan mengambil kursus peralihan di Perhebat yang tiada kaitan dengan bidang tugas dalam tentera.

"Jangan kita ikuti kursus perniagaan, sedangkan kita dulu tukang masak. Sepatutnya, kita ambil kursus pengurusan restoran, supaya lepas itu kita boleh buka restoran,'' tegasnya.

Tambah beliau, budaya keempat adalah sikap tidak mahu tampil ke hadapan bagi meminta supaya diberikan peluang perniagaan, projek dan lain-lain kemudahan.

Sementara itu, mengulas mengenai aktiviti persatuan bekas tentera terbesar dan tertua di Malaysia itu yang kini mempunyai 236 cawangan dan 150,000 ahli, Muhammad berkata, tumpuan adalah untuk terus memperjuangkan kebajikan bekas tentera.

"Kita mahu bantuan sara hidup setiap bulan kepada bekas tentera yang layak diberikan mengikut nilai semasa dan kita juga berharap 175,000 bekas tentera yang tidak berpencen turut layak menerima bantuan ini.

"Kita juga mencadangkan supaya bantuan sara hidup ini turut diberikan kepada bekas tentera yang berusia 70 tahun dan ke atas terutama kepada mereka yang tidak berpencen,'' katanya.

Bagi meningkatkan bilangan usahawan bekas tentera, PBTM turut mencadangkan supaya 30 peratus projek di bawah Kementerian Pertahanan diberikan kepada Dewan Perniagaan Bekas Tentera dan Koperasi Kebajikan Bekas-Bekas Tentera.

"Kementerian-kementerian lain, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad yang diwujud hasil daripada potongan gaji anggota tentera juga perlu memainkan peranan bagi membantu bekas tentera dengan memberikan projek dan pekerjaan,'' ujarnya.

Tambah beliau, bantuan ex-gratia kepada tentera yang cacat ketika bertempur dalam operasi sehingga 1989 perlulah mengikut nilai semasa dan bukannya berdasarkan gaji akhir ketika bertugas.

Beliau juga berharap kerajaan-kerajaan negeri lain mencontohi kerajaan Perak yang telah memberikan 7,000 lot tanah bagi membolehkan bekas tentera membina rumah yang selesa.

Dalam pada itu, Muhammad turut meluahkan perasaan gembira setelah Parlimen meluluskan Akta Veteran 2011 untuk membantu bekas tentera melalui peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, jelasnya, PBTM telah mencadangkan beberapa pindaan kecil termasuk dinyatakan secara jelas matlamat akta itu untuk menjaga kebajikan bekas tentera dan persatuan yang mewakili mereka.

"Ahli-ahli PBTM di peringkat akar umbi tidak berpuas hati dengan fasal ini kerana ia menyebabkan suara bekas tentera menjadi terbatas apabila segalanya perlu dibuat menerusi Majlis Veteran Kebangsaan yang berfungsi sebagai entiti tentera.

"Sepatutnya persatuan dibenarkan bergerak sebagai NGO supaya kita boleh bersuara, bukan bersuara dalam kelambu sahaja. Jika fasal ini dikekalkan persatuan bekas tentera akan dikurung, kena ikut perintah dan tidak bebas,'' ujarnya.

Katanya, bibit-bibit perasaan tidak berpuas hati itu perlu dibendung supaya bekas tentera tidak beralih menyokong Kelab Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) yang ditubuhkan baru-baru ini dengan matlamat menyokong pembangkang.

Bagi mengelak bibit-bibit tidak baik itu menjadi 'api dalam sekam' kepada kerajaan, sudah sampai masanya tuntutan bekas tentera dipertimbangkan dan kebebasan mereka untuk bersuara tidak disekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.