saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 02/02/2012

Melahirkan mutawif Malaysia


CERIA... kumpulan pertama 34 peserta yang berjaya menamatkan kursus Mutawif Andalusia Travel & Tour (ATT) di Dewan Kursus Wisma Andalusia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PASTINYA semua umat Islam menginginkan yang terbaik dalam menunaikan ibadah. Lebih-lebih lagi yang menuntut kepada pengorbanan besar seperti mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Setelah memperuntukkan sejumlah wang, masa dan tenaga, jemaah haji dan umrah tentunya berharap dapat menunaikan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu tanpa memikirkan sebarang masalah dan kekeliruan.

Sudah tentu mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada agen haji atau umrah yang diambil untuk membantu memudahkan segala urusan dan persoalan dalam menunaikan ibadah tersebut.

Oleh itu, mutawif atau pembimbing umrah adalah individu yang ditanggungjawabkan memegang kepercayaan jemaah untuk menunaikan ibadah di tanah suci itu dengan lancar.

Malangnya, kepercayaan itu dikatakan semakin berkurangan apabila berlaku sesetengah kejadian yang melibatkan ketidakpuasan hati jemaah terhadap mutawif.

Sebabnya, rata-rata mutawif yang dilantik oleh agen umrah bukan warganegara Malaysia. Ini adakalanya menimbulkan salah faham disebabkan perbezaan bahasa, cara hidup dan juga membabitkan sesetengah hukum yang digunakan dalam menyempurnakan ibadah umrah.

Oleh itu, melahirkan mutawif dalam kalangan warganegara adalah sangat penting dalam memastikan kebajikan jemaah umrah yang semakin meningkat dari masa ke masa terus terjaga.

Perkara itu ditekankan oleh Pengurus Besar (Agensi Haji) Lembaga Tabung Haji (LTH), Mat Ad Mara Alang Azizdin ketika berucap pada majlis penutupan kursus Mutawif Andalusia Travel & Tour (ATT) di Dewan Kursus Wisma Andalusia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, para mutawif yang dilantik perlu memegang amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin dan ikhlas bagi membantu jemaah menyempurnakan ibadah sepanjang menjalankan tugas.

Katanya, tugas sebagai mutawif bukanlah mudah. Jemaah akan menjadikan mutawif sumber rujukan kerana mereka menganggap mereka arif dalam semua perkara.

"Oleh itu, untuk menjadi mutawif yang berwibawa, kita perlu memberikan khidmat yang terbaik dan menganggap para jemaah yang kita bawa seperti ibu bapa sendiri.

"Bagaimana kita melayan ibu bapa, maka begitulah juga kita perlu berusaha untuk melayan jemaah. Kalau fikir tidak berani menerima hakikat cabaran tugas ini, lebih baik jangan menjadi mutawif," tegasnya.

Pada majlis itu, Mat Ad Mara turut menyampaikan sijil tamat kursus kepada 34 peserta yang berjaya menamatkan kursus selama dua minggu bermula 3 Januari lalu.

Peserta yang berjaya secara rasmi dilantik sebagai mutawif ATT yang akan membimbing jemaah umrah bermula Februari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Eksekutif ATT, Datuk Md. Daud Che Ngah dan Pengarah Urusan ATT, Ibrahim Mat Sin.

Mat Ad Mara turut menasihatkan mutawif supaya membuat persediaan rapi daripada segi mental dan fizikal serta bijak mengendalikan jemaah sebelum memulakan tugas membawa rombongan ke Tanah Suci.

"Perlu diingatkan, jemaah yang kita bawa ini adalah manusia. Jadi, setiap mereka mempunyai pelbagai kerenah dan ragam masing-masing. Oleh itu, sebagai mutawif, kita perlu bijak mengendalikan jemaah mengikut situasi, sekurang-kurangnya membantu menenangkan mereka.

"Persediaan mental dan fizikal juga penting agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapi segala ujian yang tidak dijangka mungkin berlaku," tambahnya.

Persediaan rapi

Sementara itu, Md. Daud berkata, pemilihan mutawif ATT bukan proses yang mudah kerana peserta akan diuji dengan pelbagai cabaran.

Bukan sahaja dalam aspek ilmu pengetahuan dan persediaan mental malah ketahanan fizikal juga dititikberatkan dalam memastikan kebolehan diri peserta mengendalikan jemaah umrah dengan baik.

Tambahnya, daripada 120 yang hadir temuduga, hanya 34 layak dipilih meneruskan kursus hingga tamat. Kebanyakan peserta berlatarbelakangkan pengajian agama dan lepasan institusi pengajian tinggi Islam antarabangsa.

Antara modul kursus yang disediakan katanya, termasuk bahasa Arab komunikasi, kepimpinan dan etika keagamaan, pengetahuan sejarah Mekah dan Madinah, pengetahuan hukum hakam berkaitan ibadah umrah dan fiqh serta ketahanan mental dan fizikal.

"Peserta kursus mutawif ATT bukan sahaja diberi tunjuk ajar oleh individu yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam ilmu agama dan ibadah umrah, malah diberi latihan untuk menguji daya ketahanan dari segi mental dan fizikal mereka.

"Kita juga mendedahkan kepada peserta situasi sebenar mengendalikan jemaah umrah secara menyeluruh agar mereka bersedia menghadapi tugasan yang sebenar.

"Selain itu, peserta dibawa ke sebuah kem aktiviti lasak untuk menguji ketahanan fizikal dan mental mereka menghadapi jemaah," katanya.

Md. Daud berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan kursus tersebut setelah mengambil kira dalam segala aspek pengurusan dan prestasi syarikat, terutamanya kebajikan jemaah.

"Jika sebelum ini, kita banyak menggunakan khidmat mutawif daripada luar seperti daripada Indonesia. Kebanyakan mereka mempunyai jadual yang telah ditentukan dan pastinya agak sibuk.

"Mutawif tersebut mungkin tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada jemaah yang dibawanya. Ini akan mendatangkan permasalahan apabila jemaah ingin melakukan ibadah tetapi terbatas disebabkan jadual mutawif yang padat," katanya.

Menurut Daud, ATT cuba melahirkan Mutawif Malaysia yang dapat membimbing dan menumpukan sepenuh perhatian kepada jemaah bagi membantu mengerjakan ibadah umrah dengan selesa dan khusyuk.

"Mutawif ini akan bersama rombongan jemaah bermula dari lapangan terbang di Malaysia sehingga tamat mengerjakan umrah dan pulang ke tanah air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.