saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 03/02/2012

OPR dijangka naik suku kedua

KUALA LUMPUR 2 Feb. - OSK Investment Bank Bhd. menyatakan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk menurunkan kadar dasar semalaman (OPR), kenaikan kadar 25 mata asas kepada 3.25 peratus dijangkakan pada separuh kedua tahun ini ketika meningkatnya tekanan inflasi.

"Bank Negara mempunyai ruang untuk menurunkan OPR sekiranya terdapat keperluan.

Oleh sebab risiko-risiko yang ada, kami menjangka Bank Negara mengekalkan OPR pada 3.0 peratus, bagi sekurang-kurangnya separuh pertama tahun ini," kata OSK Investment.

OSK Investment dalam nota penyelidikan hari ini berkata, pihaknya percaya bank pusat akan menurunkan OPR, hanya sekiranya persekitaran global terus merosot.

Pada Selasa, Bank Negara memutuskan untuk mengekalkan OPR, pada tiga peratus.

OSK Investment berkata, kemungkinan besar, risiko cenderung kepada kenaikan kadar kerana tekanan inflasi dijangka meningkat susulan perbelanjaan penggunaan awam dan swasta yang kukuh.

Katanya, inflasi tidak dijangka memberi ancaman kepada ekonomi.

OSK Investment menjangka kesan asas positif dan pertumbuhan global perlahan mengurangkan inflasi tahun ini yang dijangka sederhana pada 2.7 peratus.

Sementara itu, MIDF Research berkata, kebimbangan masih lagi timbul akan keadaan kewangan dan ekonomi global.

Masalah seperti krisis hutang Eropah dan kemudahruapan pasaran yang meningkat dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan di negara maju dan meningkatkan risiko negatif kepada pertumbuhan global, kata firma penyelidikan itu.

MIDF Research menjangka Bank Negara mengekalkan kadar tidak berubah pada paras semasa tahun ini, memandangkan keadaan kewangan dan ekonomi global masih tidak menentu serta pertumbuhan ekonomi domestik cenderung kepada perbelanjaan swasta, yang dilengkapkan dengan perbelanjaan awam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.