saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/02/2012

Feri karam di Papua New Guinea


Feri MV Rabaul Queen karam ketika berlayar dari bandar Kimbe di pulau New Britain ke bandar Lae di pulau utama, timur Papua New Guinea, semalam. - AGENSI


PORT MORESBY 2 Feb. - Sebanyak 219 penumpang berjaya diselamatkan tetapi ramai lagi masih hilang selepas sebuah feri yang membawa kira-kira 350 orang karam di perairan Papua New Guinea (PNG), hari ini.

Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi untuk mencari dan menyelamat mangsa dari feri MV Rabaul Queen itu.

Operator feri, Star Ships berkata, pihaknya terputus hubungan dengan feri tersebut yang dalam perjalanan dari bandar Kimbe di pulau New Britain ke bandar Lae di pulau utama, timur negara ini pada kira-kira pukul 6 pagi ini (4 pagi ini waktu Malaysia).

Kemalangan itu dipercayai berpunca akibat cuaca buruk, menurut Star Ships.

Lembaga Keselamatan Maritim Kebangsaan (NMSA) PNG berkata, petugas menerima isyarat kecemasan awal hari ini dan mengesahkan 'feri itu karam dan penumpang terapung di laut menunggu untuk diselamatkan'.

Penyelaras operasi menyelamat, Kapten Nurur Rahman berkata, lebih 300 berada di dalam feri itu tetapi masih terlalu awal untuk memastikan punca tragedi, termasuk sama ada ia membawa penumpang berlebihan.

"Keutamaan kami sekarang ialah menyelamatkan nyawa, tetapi kejadian ini luar biasa.

"Sebelum ini ada beberapa kejadian kapal kargo karam, tetapi kami tidak pernah menghadapi insiden melibatkan feri," katanya.

Lembaga Keselamatan Maritim (MSA) Australia berkata, MV Rabaul Queen karam kira-kira sembilan batu nautika (16 kilometer) dari pantai dan pasukannya membantu menyelaraskan operasi menyelamat.

"Sehingga pukul 4.30 petang (1.30 petang waktu Malaysia), terdapat lapan kapal dagang di tempat kejadian, lima daripadanya telah mengambil mangsa yang terselamat," lapor MSA. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.