saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/02/2012

Transaksi hartanah Medini mencurigakan, Khazanah perlu perjelaskan

Surat Pembaca yang dipaparkan di dalam Forum Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Jika benar seperti yang didakwa penulis bahawa perjanjian-perjanjian hartanah Medini dengan konsortium Arab berat sebelah, seolah-olah Khazanah Nasional begitu terdesak untuk membawa masuk pelabur asing ke Medini. Ini perlu diperjelaskan kepada rakyat.

Umum mengetahui kerajaan Malaysia telah memberi banyak insentif pelaburan di Medini, sama ada insentif fiskal dan bukan fiskal, sebagai galakan untuk pelabur asing melabur di sana. Jadi mengapa perlu Khazanah menandatangani perjanjian sebegini dengan konsortium Arab?

Sebagai rakyat biasa, persoalannya berkisar kepada dua perkara.

Pertama, jika benar, apakah Khazanah tidak mempunyai kecekapan untuk berunding dengan pelabur hartanah dari luar negara sehingga menyebabkan perjanjian-perjanjian berat sebelah ini ditandatangani. Kedua, yang lebih merisaukan, apakah Khazanah dengan sengaja menandatangani perjanjian-perjanjian sebegini untuk membolehkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi apabila surat pembaca itu menyebut perkataan 'warga asing' dan 'syarikat pesisir' berpengkalan di British Virgin Island.

Kedua-dua persoalan ini mengundang pelbagai kerisauan. Kerajaan telah memberi amanah kepada Khazanah sebagai institusi pelaburan negara untuk membangunkan Iskandar Malaysia.

Sekiranya konsortium-konsortium Arab ini gagal membawa pelabur Asia Barat lain ke Medini, dan gagal mematuhi jadual pembayaran kepada Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIMSB), mengapa perlu membenarkan mereka menjual balik tanah pada harga yang lebih tinggi daripada harga asal atau memulangkan sebahagian dari tanah Medini kepada MIMSB? Bukankah patut perjanjian-perjanjian ini terbatal dengan sendirinya?

Khazanah mempunyai ramai profesional muda yang memegang ijazah dari universiti-universiti terkemuka di dunia. Sukar untuk difahami bagaimana perjanjian-perjanjian berat sebelah ini boleh ditandatangani.

Yang lebih menghairankan, ahli Lembaga Pengarah Khazanah sehingga kini masih membisu tentang perkara ini. Apakah tindakan ini untuk membolehkan perkara ini dilupakan selepas beberapa minggu?

Persoalan lain, di manakah fungsi kawalan dan imbangan (check and balance) di kalangan ahli Lembaga Pengarah Iskandar Investment Berhad (IIB)? Walaupun Khazanah memegang 60 peratus saham di dalam IIB, ini tidak bermaksud ahli-ahli Lembaga Pengarah lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) tidak boleh menyuarakan kebimbangan mereka tentang perjanjian-perjanjian hartanah Medini.

Ahli-ahli lembaga pengarah dari KWSP dan KPRJ patut dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan kedudukan mereka mengenai perkara ini. Adakah mereka menyokong atau membangkang perjanjian-perjanjian berat sebelah ini?

Difahamkan dana modal yang disuntik ke dalam IIB berjumlah RM3.2 bilion dalam bentuk wang tunai dan tanah, ini bermaksud pegangan 20% oleh KWSP adalah RM640 juta. Tentunya pencarum-pencarum KWSP ingin mengetahui apakah pelaburan mereka di dalam IIB akan memberi pulangan keuntungan kepada pencarum.

KPRJ juga perlu dipertanggungjawabkan mengenai perkara ini. Kerajaan Johor telah bermurah hati mengecualikan kuota pemilikan bumiputera di Medini. Tidak elok sekiranya kemurahan hati kerajaan negeri dipersenda dengan perjanjian-perjanjian pelik sebegini, yang hanya memberi keuntungan atas angin (seperti yang ditulis oleh Rakyat Johor Prihatin) kepada konsortium Mubadala.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menyiasat dengan teliti ke semua perjanjian-perjanjian melibatkan hartanah Medini. Perkara ini tidak boleh didiamkan.

Masa depan Iskandar Malaysia akan terjejas sekiranya pelabur-pelabur lain melihat Khazanah dibiarkan begitu saja dalam skema hartanah Medini yang mencurigakan.

Khazanah pula mesti membuat kenyataan jelas mengenai apa yang telah didakwa oleh Rakyat Johor Prihatin kerana ia membangkitkan persoalan-persoalan serius mengenai tindak-tanduk Khazanah di Medini. Integriti Khazanah mesti dipertahankan.

Rakyat Malaysia mahu mendapat kepastian yang Khazanah tidak dicemari oleh individu-individu yang mahu mengaut keuntungan dana rakyat Malaysia melalui perjanjian-perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.