saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/02/2012

Sultan Johor isytihar Bandar Maharani, Bandar Diraja

05/02/2012 3:45pm

MUAR 5 Feb. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.

Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).

"Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan," titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul.

Menurut baginda, walaupun setengah orang menggelar bandar Muar sebagai bandar "pencen' (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.

Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui internet kerana ia belum tentu benar.

Sultan Johor berpesan agar masyarakat Islam sentiasa mengamalkan hidup berlandaskan Islam dan sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan mengamalkan suruhannya supaya mereka menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.