saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/02/2012

Wakil rakyat Mesir laung azan di Parlimen

KAHERAH 8 Feb. - Sidang Dewan Parlimen Mesir menjadi gamat apabila seorang ahli Parlimen dari parti Salafi, Mamduh Ismail bertindak bangun dan melaungkan azan.

Speaker, Saad al-Katatni yang merupakan anggota Ikhwan Muslimin berkata, beliau tidak memberikan kebenaran untuk Mamduh berbuat demikian.

Mamduh yang tidak menghiraukan arahan Saad kemudian bertindak menadah tangan dan berdoa.

''Mamduh Ismail melanggar peraturan dan melaungkan azan tanpa kebenaran Yang Dipertua Dewan. Kita ada masjid untuk berbuat demikian.

''Dewan ini untuk kita berdebat... Ia tidak menunjukkan anda lebih alim dan lebih mahu sembahyang berbanding orang lain,'' kata Saad sambil menerima senyuman daripada timbalan-timbalannya.

Mamduh yang merupakan anggota parti Islam kedua paling berpengaruh dalam pilihan raya umum baru-baru ini, bulan lepas diarahkan menjaga tingkah laku selepas beliau menyatakan tidak mahu melanggar peraturan Allah dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.