saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/02/2012

Amiruddin mengaku beri surat sokongan untuk mohon aktiviti korek, jual pasir

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari hari ini mengaku pernah memberi surat sokongan kepada syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. untuk permohonan aktiviti mengorek dan menjual pasir di Selangor.

Beliau yang ketika itu merupakan Ahli Lembaga Pengarah Double Dignity berkata, surat sokongan berkenaan dikeluarkan dengan syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi.

Bagaimanapun tegasnya, tidak timbul isu penyelewengan pasir yang melibatkan syarikat itu kerana Double Dignity tidak membuat permohonan berkenaan kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) iaitu syarikat pengendali industri pasir milik kerajaan negeri Selangor.

Beliau memberitahu, isu tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 dan beliau memberi kerjasama penuh kepada agensi itu.

“Tidak timbul isu penyelewengan kerana KSSB telah mengesahkan tiada permohonan (dari Double Dignity) dan tiada kebenaran yang diluluskan.

“Saya mengaku memberi surat sokongan (kepada Double Dignity), namun ia selagi mana syarat semua prosedur dan tata kerja dipenuhi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.