saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/02/2012

Kid jadi mentor kejayaan Kopitiam, Search


MESKIPUN bergelar bos di Bangi Kopitiam tetapi Kid (dua daripada kanan) tidak kekok turun padang melayan para pelanggannya.


KID mula bermain gitar sewaktu dia berusia belasan tahun. Sejak awal tahun 1980-an, gitaris berusia 44 tahun ini mula serius bermain gitar bersama kumpulan Gersang.

Selepas kumpulan itu tidak aktif, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd. Taib menyertai Search sehinggalah saat ini.

Selain bergelar gitaris, Kid juga sebenarnya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Anak kelahiran Selangor dan dibesarkan di Johor Bahru ini aktif menjalankan perniagaan rangkaian restoran Kopitiam Bangi sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan serta di Indonesia.

Menurut bapa kepada Fazlinda, 17, dan Aaqil Naquidean, 8, ini, terbaru sebuah lagi rangkaian Bangi Kopitiam telah pun dibuka di Jakarta Indonesia baru-baru ini. Biarpun semakin sibuk dengan perniagaannya itu, namun posisi sebagai gitaris Search masih menjadi keutamaannya sejak dulu hingga kini.

“Walau macam mana sibuk sekalipun perniagaan yang saya jalankan bersama empat rakan kongsi saya itu tetapi saya tetap beri keutamaan kepada Search. Saya tiada masalah menguruskan Bangi Kopitiam, misalnya yang terletak di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor sejak empat tahun kebelakangan ini.

“Ini kerana di situ terdapat 16 pekerja saya yang bekerja dalam dua syif iaitu dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Saya hanya datang sekali-sekala sahaja ke Bangi Kopitiam bagi melihat perjalanan perniagaan saya itu,” katanya kepada S3.

Di samping sibuk menguruskan Bangi Kopitiam dan memberi komitmen sebagai gitaris Search, Kid juga sempat meluangkan masa bagi berkongsi pengalamannya itu dengan generasi muda. Kid antaranya berkongsi pengalamannya bersama 12 peserta rancangan Misi 12 terbitan Astro Ria.

Menerusi rancangan yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam mulai 7 Februari lalu itu, Kid mencurahkan pengalamannya dalam bidang perniagaan dan muzik kepada para peserta rancangan tersebut. Ternyata Kid tidak lokek ilmu sebagai mentor dalam Misi 12.

“Sepanjang tujuh minggu sebagai mentor dalam rancangan Misi 12, saya banyak menghabiskan masa bersama-sama para peserta rancangan itu. Saya dapati ada empat peserta yang benar-benar berbakat di mana mereka bersungguh-sungguh mahu mempelajari pengalaman saya dalam dua bidang itu.

“Mereka menjadikan saya inspirasi, sama ada mahu berjaya dalam bidang muzik ataupun perniagaan. Dalam Misi 12, setiap peserta mempunyai banyak masa untuk berkongsi pengalaman itu dengan saya. Inilah masa yang terbaik untuk saya berkongsi ilmu,” jelasnya.

Ekoran keutamaan kerjaya yang dicurahkannya kepada Search, anak kelima daripada 14 beradik ini kini misalnya, sedang dalam proses menghasilkan produk terbaru kumpulannya itu. Kata Kid, produk terbaru Search itu akan diterbitkan dalam bentuk digital tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, terdapat 101 buah lagu popular yang dipetik daripada album pertama Search berjudul Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985 sehinggalah Gothik Malam Edan yang diterbitkan beberapa tahun lalu akan dimuatkan dalam album yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi itu.

“Album itu akan diterbitkan dalam bentuk mp3 di mana kami akan merakamkan sebuah lagu lama Search bertajuk Kejoraku Bersatu dalam nafas baru. Album itu juga akan diterbitkan dalam edisi terhad. Search akan mengumumkan tentang album itu tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.