saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 14/02/2012

Minta habuan wang, seks sebagai kes terpencil


Mohamed Khaled Nordin (tengah) bermesra dengan sebahagian pelajar pada majlis Sesi Menteri Pengajian Tinggi Bersama Duta Universiti - Bengkel Transformasi Strategi Laut Biru Kebangsaan 5 di Seremban, semalam.


SEREMBAN 13 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menjelaskan kes berkaitan pensyarah yang meminta habuan wang ringgit dan seks daripada pelajarnya yang mahu lulus dalam peperiksaan dilihat sebagai kes terpencil.

Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya tetap memandang serius kes berkenaan dan menasihatkan pelajar untuk membuat aduan kepada universiti dan pihak berkuasa sekiranya perkara itu berlaku.

''Kes seperti ini kes terpencil dan kadangkala tidak kedengaran langsung. Kalau di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kita ada lebih 28,000 pensyarah, jadi kes-kes begini jarang dan tidak kedengaran dan kalau ada berlaku pun tidak secara berleluasa.

''Soal-soal seperti kita tidak tahu, kerana sama ada seseorang pensyarah itu akan melakukannya (meminta habuan) ia bukan bergantung kepada tahap kesarjanaannya, kerana kalau dia mahu lakukan, dia lakukan juga," katanya pada majlis Sesi Menteri Pengajian Tinggi Bersama Duta Universiti - Bengkel Transformasi Strategi Laut Biru Kebangsaan 5 (NBOS 5) di Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) di Bandar Enstek, dekat sini hari ini.

Malah Mohammed Khaled berkata, perlakuan seperti itu bukan sahaja salah dan mencemar intergriti seseorang pensyarah tetapi juga memberi kesan terhadap sistem peperiksaan yang bertujuan menguji kefahaman pelajar.

''Kalau peperiksaan tidak dilakukan secara jujur dan ikhlas maka pelajar yang mungkin tidak sampai tahap, akan diberi kelulusan jadi rugi bagi kita jika perkara ini berlaku.

''Ini soal integriti dalam akademik dan soal ini satu yang memang kita boleh maafkan kerana tidak melanggar amanah yang dipertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO Johor tidak gentar dengan sebarang cabaran pembangkang, sebaliknya akan berjuang habis-habisan untuk memastikan negeri itu terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, ini bukan kali pertama BN berhadapan dengan pembangkang di negeri itu.

''Kita akan tentukan apa yang diperkatakan pembangkang hanyalah cakap-cakap kosong. Bukannya kita menyerah begitu sahaja tetapi kita akan lawan mereka.

''Mereka boleh kata apa sahaja dan pastinya tiada siapa boleh menghalang mereka untuk bercakap mengenai pilihan raya umum itu nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.