saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/02/2012

Utusan Malaysia, Kosmo! dominasi Anugerah Kawat-ExxonMobil 2011


Wakil Utusan Malaysia dan Kosmo! yang memenangi anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil (dari kiri) Manirah Othman, Radhuan Hussain, Azlan Bahrum Iswan Shafiq Mat Isa dan Fauzi Mohd. bergambar kenangan di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! mengungguli Anugerah Kewartawanan yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) bersama Perniagaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia) apabila mendominasi sebahagian besar kategori yang dipertandingkan pada anugerah itu.

Tambah menarik, semua kategori yang disertai oleh kedua-dua akhbar milik Kumpulan Utusan itu juga muncul sekurang-kurangnya sebagai pemenang tempat ketiga dalam program yang dikenali sebagai Anugerah Kawat-ExxonMobil 2011.

Wartawan Kosmo!, Manirah Othman mengungguli kategori Penulisan Berita Terbaik sekaligus memperolehi wang tunai berjumlah RM1,500 menewaskan Siti Airunnisa Alaui dari Utusan Malaysia di tempat kedua (RM1,000) dan Muhammad Ishak dari Berita Harian terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan memperoleh wang tunai berjumlah RM750.

Manirah juga berjaya menggondol kategori Penulisan Rencana Terbaik mengatasi Mohd. Lazim Endut dari Sinar Harian dan Tuan Azam Tuan Johan (Bernama) sekaligus mencatat sejarah mengungguli kedua-dua kategori untuk tahun kedua berturut-turut.

Bagi kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik pula, ia menjadi milik Siti Airunnisa dan diikuti oleh Fauzi Mohd. yang juga merupakan wartawan Utusan Malaysia manakala Mohd. Nazdy Harun (Harian Metro) di tempat ketiga.

Seorang lagi wartawan Utusan Malaysia, Radhuan Hussin turut mencatat nama selaku pemenang apabila mengungguli kategori yang baru pertama kali diperkenalkan iaitu Penulisan Berita Pendidikan Terbaik mengatasi Zainuddin Mohamad (NST) dan Sharipah Hunaini Syed Ismail (Bernama).

Kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik pula diungguli Aida Abd. Rahman dari laman portal Teganukita.com manakala tempat kedua milik Mustapa Lakawa (Kosmo!) dan ketiga Abdul Malik Muhammad (Harian Metro).

Foto Terbaik milik jurufoto NST, Rozainah Zakaria; kedua, Azlan Bahrum (Utusan Malaysia) dan ketiga milik Aswadi Alias (Harian Metro).

Laporan Berita TV Terbaik pula milik Ishak Abdillah (TV3) diikuti Aziz Che Man (RTM) dan Abdul Aziz Abdullah (TV3) manakala Anugerah Khas Radio menjadi milik juruhebah RTM, Suhaila Mat Daud.

Sementara itu, Anugerah Khas Presiden pula diberikan kepada Muhammad Danial Zainuddin, 17, pelajar austistik pendidikan khas yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu yang juga anak kepada wartawan NST, Zainuddin Mohammad.

Semua hadiah bagi anugerah itu disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek.

Hadir sama Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), J. Hunter Farris dan Presiden Kawat, Ayob Mamat.

Sebanyak RM70,000 disumbangkan oleh ExxonMobil untuk program itu manakala Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyumbang sebanyak RM20,000 untuk program yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.